"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 29 Mei 2013

Menuju level yang lebih tinggi.


Apa yang aku buat ek ? Aku rasa aku dah cuba yang terbaik, tapi kenapa ini yang aku dapat ? Ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni ? Aku percaya Kau akan hadirkan pertolongan tapi sampai bila ? Sampai bila aku mesti diuji macam ni ? Aku tak tahan. Aku rasa kosong ! “

Kita selalu kata macam ni kan ? Bila Allah uji sikit, kita dah sentap. Bila Allah ‘cubit’ sikit, kita dah meradang. How lahh. Tak adil betul kita ni. Lupa diri betul kita ni. Siapa kita nak melawan takdir ? Kuat sangat ke kita ? Kita sebenarnya penat. Penat dengan dunia sebab fitrah kita, kebahagiaan kita di sana. Kita cuma mengadu sakit. Kita cuma mengadu lelah. Tapi dalam diam sebenarnya, kita mengeluh macam takda iman ! Macam tak percaya pada perancangan Tuhan !

" Syaz, awak ingat novel yang kita cerita dekat awak hari tu ? Watak utama dia Hilman, ingat ? Novel tu kata, semua hak Allah. Bila Allah beri pinjam, tak semestinya untuk selama-lamanya. Ada masa, Allah akan tarik balik. Kadang, sebenarnya Allah nak tarik sekejap je. Untuk uji hati kita ni. *genggam tangan* " - Amira – 

Kadang, kita rasa apa yang kita ada sekarang, apa yang kita ada dulu tu semuanya hak kita. Hak mutlak kita . Sedangkan sehelai rambut kita ni pun Allah yang bagi. Kenapa lah kita ni angkuh sangat.

Allah tak kejam. Mustahil Allah akan biarkan hamba-Nya keseorangan menempuh dugaan yang Dia beri. Allah tarik sekejap, nanti Allah bagi lah balik. Allah tarik sekejap, nanti Allah ganti lah dengan yang lebih baik. Allah Cuma nak uji kita. Allah nak uji tahap kekuatan kita sebelum Allah letak diri kita pada satu level yang lebih tinggi.

Setiap dalam diri kita, kita pasti akan melangkah menuju tahap-tahap tertentu. Pasti . Nak atau tak nak, kita mesti tempuhi juga usia yang semakin meningkat, right ? Dalam setiap level tu kita diuji dengan macam-macam bentuk. Hakikatnya, semua ujian yang ada pada level ni hanya mempunyai tujuan yang satu. Ilahi. Iman. Taqwa. Muraqabatullah. Kita berjaya atau tak sampai objektif utama ujian tu ?

Dalam dunia ni, perjuangan kita adalah perjuangan kita. Perjuangan mereka adalah perjuangan mereka. Tapi perjuangan kita dan mereka hakikatnya adalah satu bentuk yang sama. Ibarat satu perlawanan. Perlawanan yang jangka masanya lama dan akan dipertontonkan kelak. Apa yang kita ada semua ni hanya satu ujian. Tapi dalam ujian ia boleh bertukar menjadi satu kelebihan. Itu pun kalau kita pandai tangkap lincahnya ujian tu. Andai tidak ? Ujian tetap kekal menjadi ujian. Bahkan lebih teruk andai ia menjadi satu beban di sana kelak.
Kita lelah ? Kita penat ? Kita rasa hilang sabar dengan ujian ni ? Hey ! Come on ! Kita ada kita punya kekuatan. Pinta lah pada Dia yang Berkuasa dalam perlawanan hidup ni. Dia mampu beri kekuatan tu. Tapi kita je yang selalu lupa.

Kita tahu Dia yang Berkuasa. Kita dah minta tolong pun pada Dia. Tapi kenapa kita masih rasa kosong ? Kenapa kita masih terus di uji. Malah, ujian ni semakin dasyat memamah kekuatan diri ? Check balik niat kita. Check balik hubungan kita dengan Dia. Kita tahu sebenarnya Dia yang Berkuasa, tapi masalah kita adalah kita tidak percaya.

Macam mana lah Allah nak bantu kita kalau kita sendiri tak percaya yang Dia akan bantu ? Macam mana lah Allah nak bantu kalau kita sendiri letak pergantungan kita pada makhluk ciptaan-Nya ? Macam mana lah Allah nak bantu kalau kita sendiri macam nak tak nak je minta tolong pada Dia ? Kita nak Dia bantu, tapi kita buat endah tak endah je bila meminta. Kita nak Dia bantu, tapi . . . . lepas Dia bantu, kita lupakan Dia. Kita tak hargai langsung bantuan Dia . Biadap betul kita ni. Biadap betul kita sebagai HAMBA ni. Cukup biadap.

Lalu, siapa yang salah sebenarnya ? Kita hadir di dunia ini, kita ada dalam permainan hidup ini pun atas anugerah nikmat-Nya ! Bukan kerana kekuasaan kita, tapi kekuasaan Dia. Sedar atau pun tak, kita kena telan semula ego kita, kita langsung tiada kuasa . Yang kita ada, hanya Dia. Itu sahaja.

Dongaklah ke langit, perhatikan indahnya ciptaan Ilahi yang dianugerahkan buat kita,
pejamkan matamu yang cantik. Letakkan tangan mu di dada, rasa kan denyutan nadi tanda cintanya Dia, rasakan .. denyutan kasih-Nya.
Perlahan-lahan, kita lunturkan ego kita. Katakan pada diri,

Wahai hati yang baik, wahai jiwa yang lembut,
kita ada Dia. Kembali lah pada Dia dengan diredhai dan meredhai. Adanya Dia, kita ada segalanya. Thank you Allah. I love You Allah.

2 ulasan:

zuzuBEBE berkata...

Suke bace entry ni.. kalau sudi singgah la ke blog sy :)

Ukhti Syazreen berkata...

alhamdulillah, moga bermanfaat :)
insyaAllah. ♥