"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 5 Jun 2013

Mengejar Title Seorang Solehah

" Walaupun lepas ni hidup aku sunyi tanpa sebarang usikan. Tapi aku rasa, itu yang lebih bagus kan ? Maruah terjaga. Objektif tercapai. Now, fokus pada jalan solehah . "

" Kau mampu ke lawan fitrah semula jadi ni ? Nak jadi solehah ni bukan mudah. Aku ingatkan lagi sekali. Takda siapa yang cakap dekat kau nak berubah ni jalannya penuh dengan minyak wangi. Takda. Allah sendiri membuktikan melalui kalam-Nya. Remember ? " - hati

" Ya, aku tahu. Tapi jangan lupa, jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk menidakkannya ? "

*tarik nafas*

" Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jalan yang sebenar-benarnya. " - Al Hajj ayat 78 -

" okey then. Nak jadi si soleh atau solehah ? silakan. Siap sedia untuk disakiti. Andai satu masa kau jatuh dan lelah untuk bangkit, ingat pesan aku yang satu ni. Syurga bukan tempat untuk orang manja ! " -hati

*sigh*

" Aku cuba . Aku akan cuba . "

-----------------------------------------

" Aku dah buat keputusan. Dan keputusan aku adalah muktamad . Keputusan aku adalah Lillah . Muktamad . "

" Aku tak pernah rasa lega macam ni. Hati ni rasa kosong daripada segala usikan. Yang tinggal cuma bisikan ' Ilah Ilah Ilah ' "

-----------------------------------------

*tepuk bahu*

" Kita tahu, awak boleh . Mungkin terperanjat je tadi kan ? Tetiba cakap, terus ada. Takpa. Kita sokong keputusan hati awak. Awak boleh . " - Harima

---------------------------------------

*tepuk dada* *termenung*

" Rasa berdebar-debar lah. Macam, takut kehilangan. Tapi apa eh ? "

" Awak . Tengok ni . Tengok tweet ni . "

" .................. "
----------------------------------------------------------------

*ambil al Quran* *tarik nafas*

" Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Manakala, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik......" - An Nur ayat 26 -

*kesat air mata*

" kenapa dengan kau ni ? Tadi kau kata lain. Sekarang kau kata lain. Apa ni ? " - hati

" Kau tak tahu apa yang aku rasa. Payah . Payah sangat. Aku dah lepaskan . . . . tapi rasa ni masih ada. "

" Kau rasa dia terlalu baik untuk kau ? Dan kau tak layak untuk dia ? Camtu ? " - hati

" Entah lah ......... "

" Kamon ! Kau memang langsung tak layak untuk dia ! Kau lebih layak dapat lelaki yang soleh daripada dia itu pun kalau kau gerakkan diri untuk naik level si solehah . Kau lebih layak dapat lelaki yang lebih teruk akhlaknya berbanding dia itu pun kalau kau still berada pada level ni . " - hati

" Apa patut aku buat ? "

" Aku dan kau adalah sama . Tapi aku dikuasai Rabbku. Kau nak tahu jawapan dia ? Kau boleh tanya pada Pemilik hati kau ni . " - hati

------------------------------------------------------------------

*ambil al Quran* *tarik nafas*

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata " Kami beriman ! ", sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu dugaan ? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka dengan ujian yang sedemikian, nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang-orang yang berdusta. " - Al Ankabut ayat 2 hingga 3

*menangis*

" Kesat air mata kau tu . Bangunlah . Allah uji kesetiaan je . Bukankah ini jalan yang kau telah pilih ? Sepatutnya kau dah bersedia dengan ujian sebegini . " - hati

" Aku tak mampu . Aku lemah bila di uji dengan fitrah ni . Aku tak boleh . "

" Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. " - Al Baqarah ayat 286

" Kau mampu sebenarnya. Kau tak percaya dekat Allah ke ? Ni, dengar ni . Allah datang untuk pujuk kau dengan kalam-Nya . " - hati

*menangis*

" Orang yang berjihad itu orang yang melawan nafsunya. Payah . Aku faham sebab aku adalah hati kau. Nafsu ni musuh dalam senyap. Tapi lawan lah . Takkan kau ingat pesan aku ? Kan aku kata ...... " - hati

" ' Andai satu masa kau jatuh dan lelah untuk bangkit, ingat pesan aku yang satu ni. Syurga bukan tempat untuk orang manja ! ' Itu yang kau kata kan ? "

*senyum*

" Ya Rabussamawati wal ardh . Lapangkan lah Islamku selapang langit biru. SubhanaAllah. Manisnya bila Allah memujuk " - hati

-----------------------------------------------------

Dear Friends, jangan kecewa dengan masalah hari ini, sehingga lupa akan kebahagiaan esok hari. Jangan kata kita tidak mampu, sebab Allah dah kata awal-awal yang kita mampu ! Cuma, kita perlu cari sedikit jalan, di mana kekuatan tu berada. Dan ternyata, kekuatan tu ada pada Dia. 

Buat kawan-kawan muslimah saya yang tercinta,
Allah letak ujian perasaan ini pada semua orang. Bukan pada awak seorang. Jika kita rasa, kita hanya mampu jadi seorang hamba-Nya yang berdosa kerana cinta. Percayalah. Kita mampu jadi hamba-Nya yang mulia kerana cinta. Cuma, kita perlu cari dan menilai apa sebenarnya makna cinta. Biarkan arus takdir yang menentu. Biar kita sakit kerana terpaksa untuk mencari cinta. Kelak, cinta akan berubah menjadi Cinta. Percayalah. Masalah hati bukan penghalang untuk kita kejar title solehah. Malah kita boleh jadi seorang mujahidah dan mukminah hanya kerana Cinta.

Tiada ulasan: