"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Selasa, 11 Jun 2013

Arus Takdir.

Burung berkicauan. Langit membiru. Angin meniup aura kecintaan .

SubhanaAllah.

Sangat memberi ketenangan pada jiwa-jiwa yang gelisah. Sangat memberi kedamaian pada jiwa-jiwa yang keliru.

" Dik, awak mesti kuatkan semangat. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Trust HIM, dear. Jalani kemoterapi ya ? " - dr. Azlan

" For what huh ? Apa function nya ? Yang hidup tetap akan mati. Biarkan arus takdir flow dengan cantik. Tak payah ganggu arus tu. Remember ? Bro, ni kau punya kata-kata kan ? Lupa ? "

*minum air*

" Lagipun, kalau aku jalani kemoterapi tu pun, kalau aku ditakdirkan mati. Aku tetap akan mati. Datanglah cara perubatan hebat macam mana sekalipun, kau takkan mampu lawan takdir-Nya. Sel barah ni makin merebak, dan kawan kau sendiri dah sahkan peluang untuk pulih tu rendah. Sudah lah . Aku penat nak dengar kau membebel macam murai. "

" Heh. Senang nya adik abang yang sorang ni putus asa. Nur Afiqah yang abang kenal dulu bukan macam ni tau. Takkan tak ingat janji awak dengan arwah abang awak ? Lupa dah ? " - dr.Azlan

" .............. "

" Memang setiap yang hidup akan mati. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha. Nur, Allah benci orang yang berputus asa. Lagipun, putus asa ni bukan sikap orang mukmin. " - dr.Azlan

" Berhenti panggil aku dengan nama tu. Aku bukan Nur ! Tapi Afiqah ! "

" Kenapa ? Nama awak tetap Nur Afiqah ! Awak tu tetap cahaya bagi kami ! Dan awak tetap cahaya bagi ummah. " -dr. Azlan

*bangun*

" Tapi aku bukan cahaya yang dulu. Cahaya aku makin malap. Tinggal masa untuk padam. "

-----------------------------------------------------

*Buka tingkap* * pandang awan*

" Awak tetap cahaya bagi kami . Dan awak tetap cahaya bagi ummah. "

' Masih ramai lagi cahaya di luar sana. Malah, cahaya mereka lebih menyinar. ' - hati

" Abang suka panggil awak Nur sebab abang nak, satu hari nanti adik abang ni akan jadi cahaya bagi mereka yang memerlukan. Nur memang takkan faham sekarang, tapi abang yakin satu hari nanti. Dan saat tu abang janji, abang akan sentiasa di sisi adik abang ni untuk berjuang bersama-sama. " -arwah

*sigh*

' Lepas je arwah pergi, aku hilang arah. Hilang tujuan. Sosialnya aku, hanya Kau yang tahu. Aku benci orang yang alim ni sebab dalam fikiran aku cuma satu. Mereka semua sama. Jenis yang suka mungkir janji. Sama macam arwah abang. Dan aku telah diletakkan pada satu tempat dimana tiada satu pun hubungan yang kekal. Bila aku dah sedar, bila aku dah jinak untuk jadi seorang Nur kembali. Aku diuji dengan macam-macam bentuk. Mereka yang berjanji untuk setia berjuang bersama, kini dah semakin tiada. Lalu, salah kah aku ya Rabb untuk merawat luka yang satu ini dengan cara aku sendiri ? ' -hati

-----------------------------------------------

" Seriously, abang tak suka awak macam ni. Awak macam hilang semangat. Nur, please stop it. Abang yakin awak boleh. Biarlah orang lain keluar masuk hidup awak. Tapi kami, abang-abang awak ni akan sentiasa ada bersama awak. " - bro Luqman

" Abang buat lawak apa ni ? Jangan berjanji kalau tak boleh nak turuti, bang. Orang dah penat dengan manusia yang suka berjanji ni. Lagipun, korang bukan ahli keluarga pun. Setakat kawan arwah. Arwah dah pergi hampir 9 tahun. Peluang untuk korang pergi tinggalkan saya sorang-sorang tu lagi besar ."

" Then, remember this. Allah takkan pernah tinggalkan awak. " - bro Luqman

" ........................... "

" Kesian abang Azlan awak tu. Dia kawan yang paling rapat dengan arwah. Dia paling rapat dengan awak. Dia yang bagi kata-kata semangat dekat awak. Dia sanggup balik Malaysia sebab nak bersama adik kawan dia yang sorang ni. Nur tak pernah terfikir ke macam mana perasaan mak dengan ayah ? Tak pernah ke wujud perasaan untuk faham hati kitorang ? Cuba buang ego tu jauh-jauh. " - bro Luqman

" Dik, dalam kegelapan tu ada cahaya. Dan dalam cahaya juga ada cahaya. Yang membezakan cahaya tu cuma satu. Tahap kepercayaan kita pada Allah. Firman Allah dalam surah Ar Ra'd, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri. " - bro Luqman

*kesat air mata*

" Kalu adik rasa dengan kematian boleh dekatkan diri adik dengan Allah, jangan lupa di dunia juga kita boleh dekatkan diri kita dengan Dia. Apa hadiah kita nak bawak jumpa Dia sebagai tanda kecintaan kita. Fikirlah. " - bro Luqman

" Allah tunggu adik bangun. Nur. Ummah tunggu awak 'bangun'. Abang balik dulu. Assalamualaikum. "

---------------------------------------------------

" Masa terlalu singkat untuk kita duduk termenung dan kecewa dengan segala apa yang terjadi. Move on lah dik. " - dr. Azlan 

" Nur, kau pernah ingatkan mad'u kau. Hidup ni akan bahagia bila kita redha dengan ketetapan-Nya. Dan kau selalu bagi talk masa usrah yang Allah tu sesekali takkan pernah tinggalkan kita. Kita kena percaya Dia. Itu yang kau kata. Tapi kenapa kau sendiri tak amalkan apa yang kau kata ? " -hati

" Setiap orang akan diuji dengan apa yang diperkatakan olehnya. Aku manusia. Aku rasa sakit. Aku rasa kecewa. "

" So, kau nak salahkan takdir ? Kau nak salahkan Allah lah ni ? Hey. Apa punya hamba kau ni ? Nur, ingat amaran Allah ni. Surah As Shaff ayat 2 hingga 3. Kau tak gerun ke ? "

*menangis*

" Kamon ! Da'ie takkan pernah gentar dengan diri sendiri. Cahaya takkan pernah mengalah. Masa yang terbuang ni dah cukup banyak. Sekarang masanya untuk kau bangkit untuk mencari hadiah terbaik untuk Dia. " -hati

------------------------------------------------------

" Pokok, burung, rumput, air semua bertasbih memuji-Nya. Hidup mereka hanya untuk beribadah. "

" Bukan macam manusia. Walaupun tujuan Lillah, tapi sentiasa mengalah. " - dr. Azlan

" kfine. perli. "

" Tak. Tak perli sebenarnya. Cuma abang dah penat tengok Nur macam ni. Abang dah buat keputusan untuk balik semula ke Australia. " -dr.Azlan

" Bagus lah kalau macam tu. "

" Tak guna abang duduk sini, beri semangat pada Nur tapi Nur sendiri tak nak semangat tu. Tak guna. " -dr.Azlan

" Bukan taknak tapi cuma tak nampak hikmah disebalik ujian. "

" Bukan tak nampak cuma belum nampak. Hikmah tu perlu dicari. Bukan ditunggu, Nur. Bukan macam yang Nur buat sekarang ni. Macam mana kalau nyawa kita ditarik sebelum sempat kita ketemu hikmah tu ? Jangan salahkan takdir. Hamba tidak sesekali membantah kata-kata Tuannya."

" Saya dah marah, tapi tetap panggil Nur juga kan ? Degil. Keras kepala. Murai . "

" *gelak* Nur tetap Nur kami. Dan kami tengah tunggu Nur kami tu untuk pulang semula dan menjadi Nur ummah. " -dr.Azlan

" Nur yang ditunggu tu tak hilang, cuma dia berehat sekejap. Kena cas battery. "

" huh ? Seriously abang tak faham. " - dr.Azlan

" Cahaya tak pernah malap. Cahaya tetap akan menjadi cahaya. Dan cahaya tu akan mati bila tidak diperlukan Tuannya. "

" Seriously abang tak faham. " -dr.Azlan

" Dah lama Nur dalam keadaan macam ni. Dah lama Nur 'kecewakan' Allah dengan cinta Nur yang tak berapa nak kukuh. Dah lama Nur biarkan cahaya ni menerangi apa yang tidak pasti. Sudah sampai masanya cahaya perlu mencari apa yang perlu diteranginya. Sudah sampai masanya cahaya perlu berbakti. Dan sudah sampai masanya Nur mencari hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada Cinta Nur sementara masa masih ada. "

" Welcome back Nur Afiqah. Welcome back Cahaya Pemurah. *senyum* "

*kesat air mata*

-----------------------------------------------------------------

" Sekejap yang bermakna dari lama yang sia-sia. " - mato -

When you're weak and the road seems long. Remember. Just remember. Seek strength from The Strong. Ada kalanya Allah uji kita dengan ujian yang mampu buat kita jatuh tersungkur, berguling-guling. Tapi itu tidak bermakna Allah tak sayang. Sebab sayang lah Allah uji. Allah nak kita jadi hamba yang betul-betul kuat.

Mati tidak semestinya kerana sakit. Ada beribu-ribu orang yang masih hidup walaupun mereka sakit. Dan ada juga yang dah disahkan peluang untuk hidup semakin tipis. Namun sehingga hari ini, insan itu masih hidup dan masih mampu menaip kata-kata luahan hati nya. Kita tidak akan rasa sakit bila kita yakin Dia sahaja lah yang mampu memberi kesembuhan.

Biarkan arus takdir itu mengalir dengan cantik. Jangan ganggu. Yang penting. kita ikut arus takdir tu selagi termampu. Kadang, kehilangan tu mampu mendidik kita untuk tampil lebih matang.

Sincerely,
Nurrul Syazreen Afiqah Binti JSM.
Ukhti Syazreen
@Mad'u vs Da'ie








Tiada ulasan: