“ Apa yang aku buat ek ? Aku rasa aku
dah cuba yang terbaik, tapi kenapa ini yang aku dapat ? Ya Allah, kenapa kau
uji aku macam ni ? Aku percaya Kau akan hadirkan pertolongan tapi sampai bila ?
Sampai bila aku mesti diuji macam ni ? Aku tak tahan. Aku rasa kosong ! “
Kita
selalu kata macam ni kan ? Bila Allah uji sikit, kita dah sentap. Bila Allah ‘cubit’
sikit, kita dah meradang. How lahh. Tak adil betul kita ni. Lupa diri betul
kita ni. Siapa kita nak melawan
takdir ? Kuat sangat ke kita ? Kita sebenarnya penat. Penat dengan dunia sebab
fitrah kita, kebahagiaan kita di sana. Kita cuma mengadu sakit. Kita cuma
mengadu lelah. Tapi dalam diam sebenarnya, kita mengeluh macam takda iman ! Macam tak percaya pada
perancangan Tuhan !
“" Syaz, awak ingat novel yang kita cerita dekat awak
hari tu ? Watak utama dia Hilman, ingat ? Novel tu kata, semua hak Allah. Bila
Allah beri pinjam, tak semestinya untuk selama-lamanya. Ada masa, Allah akan
tarik balik. Kadang, sebenarnya Allah nak tarik sekejap je. Untuk uji hati kita
ni. *genggam tangan* " - Amira –
Kadang, kita rasa apa yang kita ada sekarang,
apa yang kita ada dulu tu semuanya hak kita. Hak mutlak kita . Sedangkan sehelai rambut kita ni pun Allah
yang bagi. Kenapa lah kita ni angkuh sangat.
Allah tak kejam. Mustahil Allah akan biarkan
hamba-Nya keseorangan menempuh dugaan yang Dia beri. Allah tarik sekejap, nanti Allah
bagi lah balik. Allah tarik sekejap, nanti Allah ganti lah dengan yang lebih
baik. Allah Cuma nak uji kita. Allah
nak uji tahap kekuatan kita sebelum Allah letak diri kita pada satu level yang lebih tinggi.
Setiap
dalam diri kita, kita pasti akan melangkah menuju tahap-tahap tertentu. Pasti . Nak atau tak nak, kita mesti
tempuhi juga usia yang semakin meningkat, right ? Dalam setiap level tu kita
diuji dengan macam-macam bentuk. Hakikatnya, semua ujian yang ada pada level ni
hanya mempunyai tujuan yang satu. Ilahi. Iman. Taqwa. Muraqabatullah. Kita
berjaya atau tak sampai objektif utama ujian tu ?
Dalam
dunia ni, perjuangan kita adalah perjuangan kita. Perjuangan mereka adalah
perjuangan mereka. Tapi perjuangan kita dan mereka hakikatnya adalah satu bentuk yang sama. Ibarat satu
perlawanan. Perlawanan
yang jangka masanya lama dan akan dipertontonkan kelak. Apa yang kita ada semua
ni hanya satu ujian. Tapi dalam ujian ia boleh bertukar menjadi satu kelebihan.
Itu pun kalau kita pandai tangkap lincahnya ujian tu. Andai tidak ? Ujian tetap kekal menjadi ujian. Bahkan lebih teruk andai ia
menjadi satu beban di sana kelak.
Kita
lelah ? Kita penat ? Kita rasa hilang sabar dengan ujian ni ? Hey ! Come on ! Kita ada kita punya kekuatan.
Pinta lah pada Dia yang Berkuasa dalam perlawanan hidup ni. Dia mampu beri
kekuatan tu. Tapi kita je yang selalu lupa.
Kita
tahu Dia yang Berkuasa. Kita dah minta tolong pun pada Dia. Tapi kenapa kita
masih rasa kosong ? Kenapa kita masih terus di uji. Malah, ujian ni semakin
dasyat memamah kekuatan diri ? Check balik niat kita. Check balik hubungan kita
dengan Dia. Kita tahu sebenarnya Dia yang Berkuasa, tapi masalah kita adalah
kita tidak percaya.
Macam
mana lah Allah nak bantu kita kalau kita sendiri tak percaya yang Dia akan
bantu ? Macam mana lah Allah nak
bantu kalau kita sendiri letak pergantungan kita pada makhluk ciptaan-Nya ? Macam mana lah Allah nak bantu kalau
kita sendiri macam nak tak nak je minta tolong pada Dia ? Kita nak Dia bantu, tapi kita buat endah tak endah je bila
meminta. Kita nak Dia bantu, tapi . . . . lepas Dia bantu, kita lupakan Dia.
Kita tak hargai langsung bantuan Dia . Biadap betul kita ni. Biadap betul kita
sebagai HAMBA ni. Cukup biadap.
Lalu,
siapa yang salah sebenarnya ? Kita hadir di dunia ini, kita ada dalam permainan
hidup ini pun atas anugerah nikmat-Nya ! Bukan kerana kekuasaan kita, tapi
kekuasaan Dia. Sedar atau pun tak, kita kena telan semula ego kita, kita langsung tiada kuasa . Yang kita ada, hanya Dia. Itu sahaja.
Dongaklah
ke langit, perhatikan indahnya ciptaan Ilahi yang dianugerahkan buat kita,
pejamkan matamu yang cantik. Letakkan tangan mu di dada, rasa kan denyutan nadi tanda cintanya Dia, rasakan .. denyutan kasih-Nya.
Perlahan-lahan, kita lunturkan ego kita. Katakan pada diri,
pejamkan matamu yang cantik. Letakkan tangan mu di dada, rasa kan denyutan nadi tanda cintanya Dia, rasakan .. denyutan kasih-Nya.
Perlahan-lahan, kita lunturkan ego kita. Katakan pada diri,
Wahai hati yang baik, wahai jiwa yang lembut,
kita ada Dia. Kembali lah pada Dia dengan diredhai dan meredhai. Adanya Dia,
kita ada segalanya. Thank you Allah. I
love You Allah.
2 ulasan:
Suke bace entry ni.. kalau sudi singgah la ke blog sy :)
alhamdulillah, moga bermanfaat :)
insyaAllah. ♥
Catat Ulasan