"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Ahad, 4 Januari 2015

Masalah.

Setiap orang pasti punya masalah.

Dengan ibu ayah,
adik beradik,
kawan-kawan,
pemimpin *ehem*,
dan boleh jadi masalah dengan dunia.

Dan menjadi satu masalah bila penulis blog yang teramat rajin ni ingin memulakan intro setelah hampir setahun meng-usang-kan blognya.

Eh.
Kau dah kenapa ayat baku? puih. 

--------

Hospital Sg.Buloh. 

" Assalamualaikum..." 

Langsir ku selak perlahan. Terjengul satu wajah yang nampak pucat tapi masih ada seri ketika si dia menghulurkan senyuman. Manis!

" Wa'alaikumussalam. Kak Nur.." 

Aku tersenyum. Remaja ini yang aku kenali hampir 5 hari, mempunyai aura tersendiri. Dia kehilangan ibu ketika umurnya masih muda. Mempunyai seorang ayah dan dua orang kakak. 

Putri. 

Akhlaknya seindah nama. Hatinya secekal nama.

Ruang kosong di sebelah ditepuk perlahan. Memberi isyarat agar aku duduk disebelahnya.

" Putri sihat? Rawatan macam mana? Dr Is cakap awak makin 'berseri-seri'." 

Aku tahan gelak walaupun tak mampu. Ada ke patut masa aku tanya Is tentang perkembangan Putri, dia boleh jawab 'makin berseri-seri'. Sebabnya, Putri nampak makin ceria sejak akhir-akhir ni.

" Mengada! " 

" Haha. Dr Is yang cakap. Bukan akak. "

Aku lihat dia tersenyum simpul. Tiba-tiba.. 

" Akak. Kalau akak kan, selalunya kata-kata apa yang akak pegang dalam hidup ni?"

Terdiam. Kelu. Biasanya aku bila dah hadap masalah baru tercari-cari ayat apa yang sesuai dengan keadaan aku. Selalunya keadaan aku biarkan cool sendiri. Tak pernah pulak aku tetapkan satu quote untuk hidup aku. Cuma,

" Hmm. Akak pun tak pasti. Yang akak tahu, akak akan selalu pesan dekat diri akak, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. So sabar lah. " 

Dia tersenyum. Ahh! Aku tak betah memikirkan apa sebenarnya maksud si kecil ini. 

Betul kata Is. Dia makin berseri-seri. Sampaikan seri yang aku sendiri tak pasti terik mentari mana yang singgah pada wajahnya. 

Dia memandang ke luar jendela. Lama. 

" Kalau Putri..."

Aku sabar menanti. Sesekali aku perhati ke pintu. Takut ada makhluk pengacau yang mencari. Sesekali juga aku alihkan ke belon-warna-warni yang tergantung di satu sudut. Tersenyum dibuatnya. Teringat kenangan kami berempat meniup bersama. Banyak yang kami beli. Tapi banyak juga yang meletup. Pandangan aku alihkan ke Putri semula.

" Kalau Putri? "

" Putri pernah baca satu kata-kata ni. Masalah tu adalah bagaimana kita berhadapan dengan masalah."

Aku renung matanya dalam dalam meskipun tiada balasan.

" Yang masalah tu bukan kejadian. Tetapi masalah tu kita. Konklusi apa yang kita buat dalam setiap tindakan. Cara apa yang kita harus gunakan. Itu sebenarnya masalah. Bukan taqdir, kak." 

Aku pandang ke luar. Menghadam apa yang dia cakap. Lama. Seolah-olah apa yang dia perkatakan tu ibarat satu subjek baru buatku. 

Betul. 

Betul sekali.

Masalah tu bukan takdir. Masalah tu method kita. 

Sebab tu wujud nya seruan yang menyuruh kita mem-positif-kan diri. Sebabnya? Bila kita positif, perkara yang mula-mula kita anggap susah akan menjadi mudah. Kita yang meng-masalah-kan diri kita. Dan aku jadi teringat satu hadis. Tuhan itu mengikut sangkaan hamba-Nya terhadap diriNya. 

Sebagai contoh yang paling mudah, bila kita dapat khabar yang ada sesetengah kawan sekelas kita yang tak suka kan kita, kita terus menggelabah tak tentu pasal. Kutuk dia semula. Buat acara jeling-menjeling. Paling teruk, kita menghasut pula rakan-rakan lain. Itu sebenarnya yang masalah. Itu masalah yang kita cipta buat diri kita. Sedangkan, kita boleh je ambil endah tak endah. Mulakan kehidupan macam biasa dan terus berkawan walaupun orang tu tak suka. Fitrahnya hati itu Allah yang pegang kan? Itu.

Menjadi masalah bila kita cuba menguruskan sesuatu yang bukan kerja kita. 

Iya. 

Kita yang merumitkan.

Aku toleh ke tepi. Putri nyenyak tidur. Bibir masih juga seakan tersenyum. Sungguh, si kecil ini benar-benar membuatkan aku jatuh cinta. 

Kedengan pintu diketuk perlahan sebelum dibuka. Tanpa menoleh, aku tahu siapa yang menjengah. 

Putri yang sedang lena, dahinya ku cium perlahan.

" Putri memang anak yang hebat. Terima kasih sayang. "

-----

Dan si yatim ini, 
benar-benar membuakan aku jatuh cinta pada setiap petahnya. Ya Tuhan, kau ambil ibunya tetapi kau berikan dia sekeping hati yang bukan sahaja mampu mengubat dirinya bahkan orang di sekelilingnya. Kau jadikan hati itu kuat sehingga mampu menukarkan musibah kepada hikmah. 

Engkau adil.

Sungguh aku mula rindu si dia yang kini telah Engkau pisahkan kami dengan jarak antara negara.

Moga kau kuat sentiasa, adik.

Tiada ulasan: