"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Isnin, 6 November 2017

#1


" Jangan lupa makan ubat."

Kenapa kena makan ubat? Bila mana yang sakit itu bukan jasad tetapi rohani.

Sakit nya rohani itu,
deritanya rohani itu sampaikan turut terasa di setiap inci kulit badan.

Sekarang, baru aku faham. 
Penatnya rohani kita sampai satu tahap, tak ada kudrat untuk kita bergerak, tak ada kudrat kita untuk berfikir. 

Yang kita mampu, cuma beri pandangan kosong dan merasai sesaknya dada di setiap saat kita menghembuskan nafas.

Menunggu, bila saatnya Tuhan menunjukkan rahmat-Nya untuk menghentikan rasa ini kerana sungguh kita tidak mampu untuk mencari jalan keluar.

Tiada ulasan: