"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 28 Mei 2014

Why? What? How?



Ada antara mereka bertanya,

" Sis. Kenapa kita selalu tak dapat apa yang kita nak? Apa yang kita harapkan selalu tak sama dengan apa yang kita dapat. "

Jawapan saya,
adakah kita yakin apa yang kita harapkan tu mampu memberi kebaikan buat diri kita? Dunia wa akhirah?

*kemain formal*

Pernah saya kongsikan di muka tak ada kulit buku (facebook) saya baru-baru ni.

Allah bukan tak nak bagi. Tapi Allah nak suruh kita sabar dulu. Tunggu. Nanti Dia bagi. Bila masa kita perlu. Buat masa sekarang, Dia tolong simpankan.


Allah bukan tak nak bagi. Allah bukan kedekut. Tapi Allah nak kita usaha untuk ambil sendiri. Benda dah ada dah untuk kita. Tinggal kita je. Itu cara Allah. 






Kata orang, kalau nak sesuatu tu kita kena lah usaha.







Tapi kalau setakat usaha tidak disuluh iman tiada guna juga kan?



-----


- Ada orang, usaha siang malam untuk dapatkan sesuatu yang dia nak. Dia tinggalkan akhirat semata mata untuk kejar dunia. Bila Allah takdirkan belum sampai masanya, akhirnya dia tersungkur.

Allah tegur golongan orang dekat atas ni dalam surah Al Ghafir ayat 60,

" Dan Tuhanmu berfirman, 'berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk ke dalam neraka dalam keadan hina dina. " 

Check semula diri, aku usaha itu ini. Tapi ada tak aku mintak dekat Dia? Sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Ada tak? Kalau ada, macam mana cara aku mintak tu? Either aku minta sungguh-sungguh atau tadah tangan sambil kaki goyang-goyang like a boss? Duh!

- Ada orang, usaha siang malam untuk dapatkan sesuatu yang dia nak. Dia balance-kan dunia dan akhirat. Solat tak tinggal, sedekah tak pernah lupa. Tapi bila Allah 'cubit' sikit, dia dah gelabah tak tentu hala. Kata diri ni tak layak rasa bahagia. Akhirnya dia tersungkur.

Cepat sangat putus asa. Putus asa dengan Tuhan.

Jaga solat, bagi sedekah dah soleh/solehah dah. Fitnah lah kalau saya kata anda tidak soleh/solehah. Cuma kan lebih baik kita upgrade soleh/ah tu dengan lebih rasa bersangka baik dengan Allah.

Tak ke?

- Ada orang, usaha siang malam untuk dapatkan sesuatu dia nak. Dia balance-kan akhirat dan dunia. Sama seperti orang kedua tadi. Tapi yang ini jenis tak letak harapan terlalu tinggi. Allah 'cubit' dia sabar. Allah 'tampar' dia sabar. Sebab dia yakin, kalau betul sesuatu yang dia nak itu milik dia, jauh mana sekali pun tetap akan menjadi milik dia. Akhirnya, berkat kesabaran Allah bagi juga.

Untuk golongan ni disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (if i'm not mistaken. please re-check.ty.)

" Sesungguhnya Aku (Allah) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. ....... " 

-----

At the end, semuanya berbalik kepada kita juga. Apa yang kita nak, based on apa yang kita usaha.

Do more or you will get less. 

Buat latihan banyak-banyak baru dapat result cemerlang! Wahai! *tampor diri guna spana*

Dan bila kita dah usaha dengan cara fizikal, jangan lupa usaha dengan cara rohani.

Doa.


Kan kekuatan seorang mukmin itu terletak pada doanya. Kalau doa pun lalai, tak sungguh-sungguh, Allah pun bagi 'tak sungguh-sungguh'.

Last.
Percaya.
Sejauh mana kepercayaan kita kepada Dia lah menentukan cara kita berhadapan dengan sesuatu keadaan.





Apa guna kita meminta kalau kita tidak percaya Dia akan memberi?


Kan?



Nak didik diri untuk percaya kepada Dia,
apa kata mulai saat ni kita cuba untuk bersangka baik dengan Dia dulu. Apa kata?

Tiada ulasan: