"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Jumaat, 28 Mac 2014

Kem Smart Solat



Ekceli. Tajuk ni bukan nak promote kem ke apa.

Cuma nak cakap, akak blog yang comel ni (err) teramat lah rindukan adik-adik sekalian.

Rindu nak berborak.
Rindu nak memanjakan ( eheh. dimanjakan sebenarnya)
Rindu nak marah marah.
Rindu nak suruh tutup lampu.
Rindu nak pegang pen sambil semak bacaan solat like the profesional one.
Rindu nak agih-agihkan makanan.
Rindu nak dengar ' ustazah kakak ' or ' ustazah fasi ' walaupun dah banyak kali nampak akak comel ni (wahaha!) cekak pinggang.

And the special one.
Rindu nak nyanyi lagu Hamba-Mu sama-sama.
Rindu nak dengar adik-adik laungkan 'Allah' sekuat hati sampai boleh kalahkan abang-kakak yang dah rasa diri mereka cukup besar.

Penuh semangat.
Penuh tenaga.
Penuh aura.

Tipu lah kalau aku (tak tau nak bahasakan diri apa sampai sekarang) cakap uruskan bebudak kem yang umur dia 6-16 tahun ni senang. Payah wehh. Nak suruh dia fokus, nak suruh dia diam, nak suruh dia dengar, nak suruh dia beratur, semuanya memang kena guna tahap kesabaran yang maha dasyat tinggi sebab dorang ni berlatar belakangkan family yang berbeza, tempat tinggal yang berbeza dan macam-macam beza lagi.

Contohnya macam Kem Bestari Solat ( 3 hari 2 malam ) yang di-handle fasi sepenuhnya sangatlah men-tarbiyah kami untuk jadi seorang hamba Allah yang punya kesabaran yang tinggi.

Ingat lagi, ada sorang adik around 6 tahun ni nak balik rumah. Nak ibu dia datang amik. Bila aku tanya rumah dia dekat mana, dia cakap dekat Ipoh. And yes, korang akan rasa macam nak terjun masjid dari tingkat 1 je bila budak tu kata family dia semua dekat Ipoh sedangkan korang dekat Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.

So nya, akak fasi yang mithali ni (sesungguhnya Asyiq sangat tak betul malam ni) temankan adik tudung pink tu duduk dekat tingkat 1 masjid yang tidak dibuka lampunya, cuma berdua (akhir tu ada fasi lelaki naik) sambil pujuk-dengar kuliah dekat bawah sambil mata menjeling-jeling manja ke arah Bilik Rawatan yang naahhh! terpacak di hadapan mata.

But sebenarnya en bila fikir balik, kem ni bukan setakat mendidik budak-budak riang gumbiraa tu je, tapi mendidik fasi juga.

- Didik fasi supaya menjadi lebih sabar sebab dekat luar sana (masyarakat) lebih banyak ragam yang tak dapat kita jangkakan dia punya jenis ragam macam mana.
- Didik fasi supaya menjadi lebih menarik sebab yeahh. you know. Pendakwah yang boring ni, satu nada ni agak tidak digemari mad'u. Must be more creative act (muehehe)
- Melancarkan lagi bacaan fasi sebenarnya. Bila kita ajar bebudak tu, automatik kita akan lancarkan lagi bacaan dan doa yang kita hafal. Kelebihan lah tu. 
- Insafkan fasi dan bagi lebih semangat kepada fasi untuk mendidik anak-anak mereka kelak supaya lebih bijak dalam urusan solat. Eh. Tak ke? Betul lah.

Dan paling penting,
- Bagi penampar sulung yang maha tinggi dasyat kepada fasi-fasi supaya sedar yang adik-adik kecik ni lebih bersemangat untuk solat berbanding yang dah tua bangka ni.

Semua orang tahu, budak-budak ni sifat dia lepas je. Definisi 'lepas' bagi aku 'terlampau jujur'. Sedangkan aku belajar sesuatu daripada hadis riwayat Bukhari-Muslim. (if im not mistaken. sorry)

" Sesungguhnya kejujuran itu membawa kebaikan. Sedangkan kebaikan membawa kepada Syurga. " 

Jadi kalau ikut situasi sekarang ni, makin membesar makin banyak berbohong. So that makin kurang kebaikan lah kan.

I wonder.

Adakah makin tipis peluang kita untuk masuk Sorga?

Yey or ney?

I know the answer. Dan saya tahu anda tahu jawapannya.

Click untuk tengok video adik riang gumbira nyanyi :)
Kem Bestari Solat 
Kem Smart Solat 


Kem Smart Solat ( As Sobirin ) 




Kem Bestari Solat 




Kem Smart Solat ( Furqan )




Allah.
I miss em'.
Please.
Guide, bless and ease always.
Til Jannah.
InsyaAllah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

May Allah bless you my dear :)

Ikhwah Hensem berkata...

misteri.terasa nak kenal awak dengan lebih dalam lagi:)