"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Jumaat, 7 Februari 2014

Life and hope.



" Bahh ! "

" Ya Allah. Cahaya ! Tak baik buat akak macam ni tau ! "

Aku duduk sebelah Kak Una. Sengih kerang wangi sambil belek tangan dia.

" Kak. Boring ah. Akak ni bukan nak bawak orang jenjalan ke apa. "

" Kenapa mesti akak ? "

Dia sengih. Kening ala Ziana Zain.

" Naaaahh. Dah berjangkit penyakit Dr Azlan lah ni. "

" My husband right ? "

" Ergh. "

Dia cuma gelak dan terus sambung buat kerja dia.

Kak Una seorang muslimah yang baik. Solehah, insyaAllah. Ummi-to-be ? Aamiin! Untung lah Inche Murai.

Aku intai laptop dia. Apa benda yang dia buat pun aku tak tahu. Lawyer. Trouble. Na'ahh.

Kengkadang ada jugak aku terfikir. Lawyer ni tak penat ke ? Dah lah kena selesaikan kes yang berbelit-belit sampai ada sesetengah lawyer boleh lupa masalah diorang sebab nak fokus dekat masalah orang lain.

Well. Ujian buat Kak Una. Pernah sekali, ada Makcik Bedah ( bukan nama sebenar ) cakap dekat dia,

" Una tak takut ke ? Jadi lawyer ni kaki sebelah dekat Neraka sebelah dekat Syurga ? "

Masa tu aku nampak Inche Murai usha panas je. Aku yang dengar pun agak ter'angkat' juga. Apedehal ntah makcik ni. Tapi Kak Una seriously tenang habis masa tu. Dalam kereta, aku tanya jawapan Kak Una.

" Biarlah orang nak kata apa. Yang nilai perbuatan manusia tu cuma Allah semata. Even tak jadi lawyer pun, kaki boleh sebelah ke Neraka sebelah ke Syurga. "

" Kak Una. I'm lost. "

" Sayang, maksud akak, kita tak jadi seorang Lawyer pun kita boleh jadi seorang manusia yang tak adil. Tak amanah. Dan kalau tak jadi Lawyer pun kita boleh tegakkan yang haq. Bukan ke sifat mukmin itu perlu jujur dan amanah ? Rasulullah bukan memegang title 'Lawyer' tetapi baginda amanah orangnya sehinggakan baginda di suruh untuk meletakkan Hajaratul Aswad. Dan Abdullah Bin Ubai pun bukan nya pegang title seorang 'Lawyer' tapi telah menfitnah dan berlaku tidak adil pada Saidatina Aisyah dan Safwan bin Mu'attal as-Sulami. Remember ? Nur, semuanya bermula dekat sini. "

Kak Una letak tapak tangan dekat dada.

" Hati. Bila kita laksanakan sesuatu dengan amanah, jujur, lillah, insyaAllah Allah akan bantu. "

Dan disebabkan peristiwa hari tu lah aku semakin kagum dengan Kak Una.

" Hei anak dara termenung jauh ingat dekat siapa ? Boyfriend ? "

" Ish Kak Una ni. Mana ada. Tak elok tau! "

" Tahu pun."

" Kak Una. Nur tengok Kak Una handle kes macam tak ada apa pun sedangkan Nur tahu, bukannya mudah nak cari clue or something that can help you. Tapi Kak Una tenang je. "

Dia pandang aku sambil tersenyum manis. Diletakkan tapak tangannya pada peha aku seperti selalu.

" As usual. Only two option that we have. Give up or stand up. Cahaya, remember. Whenever there's a life. Surely there's a hope. "

--------------------------

Life.
Hope.

Kehidupan.
Harapan.

Bersatu selamanya. Berpisah tiada.

Al Baqarah ayat 186. Al Mu'min ( Ghafir) ayat 60.

Sincerely,
me.
*tabur bunga cinta dekat blog*
1248
090214

Tiada ulasan: