"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Jumaat, 24 Januari 2014

Ilmu vs Amal

Andaikan perbualan ini antara masyarakat dan pendakwah.

" Busy nya. "

" Kena kaut ilmu banyak-banyak. Kena uruskan usrah bagai. "

" Ouh. "

" Okeylah. Aku gerak dulu. "

" Eh. Kejap. Nak tanya sikit boleh ? "

" Err. Pedia ? Cepat sikit. "

" Kau sayang aku ? "

" Kita kan saudara sesama Islam. Tak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihani saudaranya melebihi dirinya sendiri. "

" Tapi kau tak pernah tegur salah aku. Kau tak pernah ajak aku. Kau busy dengan usrahmates kau je. "

" Aku tak berani. Aku tak kuat. Aku tengah tunggu masa yang sesuai. "

" Alasan. Penipu ! "

------------------------------

Penerangannya begini,

Sketsa 1,
" Mummy. Sya jatuh ! "
"Kan mummy dah kata. Siapa suruh berlari ? Dah bangun ! Meh mummy sapu ubat. " 

Sketsa 2, 
" Weh. Aku failed Math ! Failed weh ! "
" Dah. Nanti aku tolong ajar kau Math. Tak payah nak putus asa. Kita fighting sama-sama okey ? "

Sketsa 3, 

" Kan ummi dah kata jangan hisap rokok ! Kenapa kau ni degil sangat ni ? Anak orang lain tu aku tengok baik je ! Tak degil macam kau ! Dah, kau pi masuk bilik kau sekarang ! 

" Sayang. Bukan macam tu cara nak didik anak. " 

Kesemua pesanan di atas adalah tanda cinta dan sayang. Kalau benar sayang, pasti kita mahu si dia jadi yang terbaik.

Mana ada,

" Aku nak bunuh diri weh. Aku rasa ni lah jalan terbaik. "
" Kalau kau rasa camtu, aku sokong kau dari belakang der. "

Dan mana ada bila seseorang tu tahu sesuatu ilmu, tapi dia tak nak share langsung dengan orang yang tersayang.

" Aku nak bunuh diri weh. Aku rasa ini jalan terbaik. "
" Stupid. Bunuh diri tu berdosa ! Bukan dapat selesaikan masalah. Haih lah dia ni. Biaq pi lah. " - cakap dalam hati

Nonsense. Tak ada !

Sebab fitrahnya, bila kita sayangkan seseorang tu kita pasti nak jadi yang terbaik untuk dia. Kita nak dia jadi orang yang terbaik dalam hidup kita sampaikan kita beri pesanan atau nasihat even kita tahu dia tak suka nasihat kita tu.

Begitu juga lah dengan DnT.

Bila awak sayangkan mad'u awak, tak mungkin awak sanggup tengok dia terus lalai dalam jahiliyah.

" Tak apa. Dia suka clubbing. Watlek watpis. Nanti usrah, dia tetap datang. "

Tak ada. 

Andai benar sayang, pasti mahu berjaya bersama.

Kadang, da'ie ni terlalu kerap pi majlis ilmu. Pi sana sini. Jauh nya tahap ya Rabbi. Balik hari. Bila ada sesuatu program yang sepatutnya memerlukan khidmat diri dia, dia menyepi.

Tak seimbang tu kawan.

Awak kena ingat, ilmu yang awak ada tu milik Allah. Ummah juga berhak atas ilmu tu.

Semakin berilmu diri awak, semakin besar amanah awak. Apatah lagi ilmu itu ilmu tauhid.

Kelak,
bila Allah tanya kepada si fulan,

" Kenapa kau berada dalam kufur ? "

" Kerana si dia mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak pernah sampai satu pun peringatan kepadaku. "

Tak pasal-pasal. Nak ke ?

Contohnya simple.

Kita berubah.
Join team team luar sana.
Kawan-kawan yang ada di sekeliling kita tinggalkan. Buat spare-part je.

Kelak,
kawan-kawan awak yang masih jahil tu boleh dakwa awak depan mahkamah Allah.

Masa tu,
ilek nandhek. Terdiam tak leh jawab apa.

Mungkin, kita rasa tanggungjawab kita dah selesai bila kita menuntut ilmu. Tapi jangan sesekali lupa, amal dan sebarkan ilmu tersebut.

*pastikan ilmu tu sohih*

Berubah tak syok sensorang. Berubah ramai-ramai baru best. Masuk Syurga nanti biar dengan geng. Baru masyuk.

Okey ?

------------------------

Tak ada seorang manusia pun suka hidup dalam kemungkaran.
Tak ada seorang manusia pun suka hidup dalam keadaan hati gelisah.

Duat sekalian,
tolonglah faham.
Tanpa hidayah Allah, awak tidak akan suci daripada bintik hitam.
Begitu juga dengan mereka.
Tolak sinis itu jauh-jauh,
Campak jijik itu dalam-dalam,
hulurkan tangan.
Keluar daripada comfort-zone anda sekarang.

Kalau lah dakwah itu cukup setakat berbincang sesama ahli jemaah yang sedia ada faham,
Saidina Abu Bakar pasti tidak berjuang sehabis kudrat untuk memerangi golongan murtad.

Tiada ulasan: