"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Ahad, 29 Disember 2013

Cuma aku yang bernama aku.

Dapat call tadi. No tidak dikenali.

Dah anggat dah callnya. Tapi suara masih belum keluar.
Tiba-tiba terdengar something like " so seh so seh "

wait. dah kenapa nangis-nangis pulak dia ni.

" sis. can you help me ? "

agagagaaaaaagaaa. jatuh rahang.

" InsyaAllah. Pedia ? "

" Saya kenal akak melalui blog akak. Dapat no akak pun melalui kawan saya ehem ehem. *dan seterusnya* "

Erm.
----------------------------------------------------

Ambil feel, Merindukanmu - Mr Bie ft Feelhoney.

Oh maiiiii......... Sila dengar lagu di atas.

Dalam gelap ku tercari-cari sinar-Mu
lalu Kau bantu diriku untuk bangkit berlari kepada Mu
ya Rabb.. 
Ketika aku menyerahkan diriku pada-Mu 
Mengapa perlu ada luka yang menyakitiku. 

First of all.
Alhamdulillah. Syukur kepada-Nya kerana sekeping lagi hati yang kuat diuji untuk membuktikan kekuatannya.

Situasinya.

Kita berada dalam satu lorong yang panjang dan gelap gelita. Keseorangan.
Lalu di hujung lorong itu Allah beri kita cahaya untuk menunjukkan jalan, dan kita nampak sinar cahaya tu.
Cuma..
Untuk berlari ke arah cahaya tu, untuk sampai ke arah cahaya tu.
Kerap kali kita terjatuh. Tersadung. Kerana cahaya itu masih jauh.

Begitu juga dengan hijrah. Daripada jahiliyah ke arah Jannah.
Kita nampak bahagia hidup dalam keadaan patuh perintah-Nya, dan kita tekad untuk berubah.
Cuma...
Untuk berubah itu mudah. Yang sukarnya istiqomah. Kerana dalam setiap perubahan, pasti ada halangan dan cabaran.

Halangan dan cabaran itu boleh jadi sesuatu yang berat apabila datangnya daripada insan terdekat, yakni keluarga.

" Sometime strangers are like family. Sometime family are like strangers. " - Hlovate-

Kita kena ingat. Permulaan nak berubah ni, tak ada siapa pun yang kata mudah. Even Allah pun dah warning awal-awal. ( Surah Al Ankabut ayat 2-3 ) 

Highlight permulaan.

Tapi bila kita tetap nak berubah, Allah pujuk kita. Allah yakinkan kita. Allah kata, senang je sebenarnya. Basic dia adalah kepercayaan. ( Surah Al Baqarah ayat 286 )

dan Allah berjanji dengan kita.

Rasulullah bersabda ;
" Allah s.w.t berfirman : Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam sesuatu kaum nescaya Aku juga mengingatinya dalam satu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak. "
- Hadis riwayat Abu Hurairah - 

SubhanaAllah.
Punyalah Allah meraikan kepulangan kita kepada fitrah.

Ujian yang kita dapat tu sebenarnya mematangkan kita apabila kita atasinya dengan tarbiyah.

Awak nak berubah, keluarga halang. Awak teruskan. Tapi dalam kita teruskan tu, perlu beradab.

Contohnya.
Awak berubah nak pakai tudung labuh bulat. Keluarga marah. Awak pakai lah tudung labuh bulat tu bila keluar dengan kawan-kawan awak je. Bila dengan family, awak pakai lah tudung bawal labuh ( bidang 50 atau 60 ) ataupun awak boleh pakai shawl.

Contoh kedua.
Awak nak pakai stokin tapi family marah. Waktu nak keluar dengan kawan, depan rumah tu boleh je awak curi-curi nak pakai stokin. Tapi bila jalan dengan family, awak pakai lah kasut yang memerlukan awak untuk pakai stokin. Kasut sport ? Kasut sarung ?

Elakkan. Elakkan mereka membenci orang yang ingin berubah.
Elakkan. Elakkan mereka daripada menjadi seorang yang kufur.

Nak berubah itu satu benda yang baik. Tapi bergaduh dengan family sampai tahap timbul rasa benci kepada ibu dan ayah tu, Islam tak pernah ajar.

Kadang. Kita paksa diri kita nak berubah. Berubah betul. Drastik. Tapi kita tak sedar, bila Allah hadirkan ujian lalu kita futur dan terus berpatah ke belakang semula, itu satu fitnah juga pada agama.

Ingat ni. Orang yang berilmu, dia beradab dalam marahnya, dalam percakapannya, dalam emosinya.

Siapa je tak terperanjat bila orang yang mereka sayang, berubah jauh daripada mereka. Macam itu juga lah dengan keluarga.

Andaikan awak mempunyai seorang sahabat baik. Semua perkara awak buat bersama dengan dia. Tapi, sampai masa dia berubah, dia tinggalkan awak.

Tinggalkan seseorang dengan menghilangkan diri tidak seperit meninggalkan seseorang menggunakan tembok hati.

Percaya cakap saya. Mereka bukan membenci awak. Mereka bukan membenci Islam. Tapi mereka malu dengan pandangan masyarakat.

" Kau tengok tu ! Anak dia pakai tudung labuh. Adik dia pakai tudung labuh. Tapi kakak dia free hair. Tak malu betul! Nerakalah tu kakak-kakak dia! "

Padahal tak ada siapa yang cakap pun. Cuma syaitan yang melaksanakan tugas mereka untuk membisikkan kegusaran dalam hati.

Di sini lah tugas awak. Di sini lah peranan awak untuk meyakinkan awak tak malu bersama mereka dan mereka tak perlu malu bersama awak.

Bagaimana caranya ?

Dengan tidak memandang jelik kepada ahli keluarga awak. Dengan sentuhan. Dengan kemesraan awak yang tak pernah berubah daripada dulu.

Steady and cool je wa cakap lu. *gelak sambil ketuk kepala sendiri*

Tapi.

Andai mereka belum berubah lagi.

Percayalah. Hidayah itu milik Dia semata-mata. Hati tu, Dia yang pegang.

Andai ditakdirkan mereka akan berubah, mereka akan berubah satu hari nanti. Yang penting, usaha kita ada untuk tidak menjauhi mereka dengan perangai kita yang memberontak.

Wokeyh ?

Rabb..
Sesungguhnya aku tahu. 
Aku yakin. 
Dalam setiap ujian yang hadir
Aku adalah hamba-Mu yang terpilih
Hanya aku.
Dalam dunia ni
cuma aku yang bernama aku

Moga setiap harapan seorang hamba yang mengharap, akan Dia kabulkan sebelum mata tertutup penuh pengharapan. 

Allahumma Aamiin.

Sincerely,
me.
*tabur bunga cinta dekat blog*


Tiada ulasan: