"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Isnin, 31 Mac 2014

It's me.



Tak ada seorang pun manusia yang faham diri kita luar dan dalam. Melainkan Dia semata-mata.

Kan?

-------------

" Weh Nur. Kau tahu tak geng ikhwah tu panggil kau budak syadid? "

What the........

" Apsal pulak? " Garu kening.

" Entah lah. Dorang kata kau ni straight dengan lelaki. Garang. Sarkastik. Tegas. Dannn kes baru-baru ni. Ermm. Kau fahamkan maksud aku? "

Izzati serba salah untuk habiskan ayat dia sementara Nur kelihatan termenung memikirkan sesuatu.

' Aku tak rasa pun diri aku syadid. Solehah pun jauh lagi nak aku capai. '

" Aku faham. Aku bukan nak tunjuk baik Iz. Apatah lagi nak berlagak syadid. Aku tahu siapa diri aku. Tapi itu pendirian aku. Aku tak nak terhutang budi dengan seorang lelaki pun. "

" Aku faham kau lah Nur. Kau kan sahabat aku dari sejak tadika lagi. Chilek lahh. "

" I'm just. Ergh. Hidup aku ni jarang sangat dengan lelaki. Aku mengaku, dulu aku sosial. Tapi bila aku berhijrah, cuma dua orang je lelaki yang rapat dalam hidup aku. Ayah and Bang Long. Abang ipar pun aku jarang bercakap. Dalam setahun boleh kira berapa kali aku bercakap dengan abang ipar aku. Ada dua sebab. Tapi yang pasti salah satu nya aku segan. Tak biasa. Tapi bukan nya bermaksud aku syadid. Aku belum pun capai tahap solehah. Cuma aku ada pendirian aku sendiri. "

" Aku faham kau Nur. Buat biasa je kata orang. Dorang bukan faham kita pun. "

Yes. Dorang bukan faham kita pun.

-------------

Aku bukan nak sentuh isu syadid atau tak. Cuma nak tanya, pernah alami tak situasi dekat atas? Pernah ke pernah? Eheh.

' Eleh mamat tu. Poyo je. Dulu dia lah playboy sejati. Sekarang 'alim sampai tertunduk-tunduk tak nak pandang dah bebudak perempuan. '

' Kau tengok minah tu. Bukan dia awek atlete ke dulu? Sekarang dah bajet warak dah. Pakai tudung labuh bagai. '

' Kau ni aku tengok kemain jaga lagi batas kau dengan lelaki. Nak tengok kau bercakap dengan lelaki pun payah. Bukan dulu kau lebih hot daripada aku ke? Tak payah nak bajet suci lah! Belum tentu kau confirm masuk Syurga! '

Pernah alami situasi di atas? Dan saat tu anda sendiri keliru. Antara mahu kekal kan pendirian atau mahu meng-iya-kan sahaja cakap orang.

Dan saat memeningkan lagi bila anda cuba mengikut kata orang, ada pula anasir-anasir luar yang menyampuk,

' Eh kau ni pakai songkok tapi aku tengok kau bercakap juga dengan budak perempuan. Asal kau dowh? '

' Kau nampak tak Zaiton tu? Dia tu bertudung labuh. Tapi aku tengok bercakap je dengan lelaki. Hipokrit lah tu! Talam dua muka! '

' Wuuuu. Mencapub! Mencapub! (mencari publisiti murahan) '

Dengar sini.

Awak tak akan pernah mampu untuk puas kan hati semua manusia sebab awak bukan Tuhan.
Even dengan Tuhan pun dorang selalu demand macam-macam, tak puas hati dengan nikmat yang Dia bagi, tak bersyukur, and yes apatah lagi dengan awak yang jelas-jelas banyak kekurangannya (manusia).

Sampai bila nak ikut cakap orang?
Sampai bila nak ikut telunjuk orang?
Sampai bila nak jadi hamba kepada manusia?

Hamba? Yes. Hamba.

Bukan mereka yang beri awak hidup.
Bukan mereka yang beri awak rezeki.
Bukan mereka yang beri jaminan awak akan ke Syurga.

Bukan.

Sekarang, dah sampai masanya untuk rasa bagaimana hidup berTuhan.

Di mana setiap gerak geri kita khas untuk Dia semata-mata.
Untuk Dia. Allah.

Tak perlu hiraukan kata manusia yang negatif.
Tak perlu hiraukan komen orang yang tak puas hati.
Tak perlu hiraukan orang yang cuba bawa awak jauh daripada diri awak yang sebenar.

Sebab awak dah ada Allah. Untuk menghakimi perbuatan awak dengan adil tanpa terlepas sedikit pun.

Awak tak perlukan 'tuhan kedua'.

Selagi perkara yang awak lakukan tu bertepatan dengan syariat Islam, go on.

Hanya awak yang melakonkan watak awak dalam pentas dunia. Cara awak. Diri awak. Hanya awak seorang yang dapat melakonkannya, bukan orang lain.

Allah ciptakan kita dengan perbezaan tapi kesemuanya berbalik kepada satu persamaan. Satu tujuan.

Pesan pada hati. Suruh dia kuat.
Pesan pada jiwa. Kena berpenat lelah untuk pulang ke Sorga!

 I'm not selling my product. I'm selling Allah's product.  

--------------

p/s : Aku sama sekali tak menggalakkan untuk orang mementingkan diri sendiri. Kerana hidup perlu dalam jemaah. Tapi andai ucapan yang didengari tu membuatkan kau rasa putus asa, rasa tak bermaya, rasa macam makin menjauh dari Dia, masa tu kau perlu duduk diam. Biarkan hati dan jiwa berkata-kata. Biarkan diri kau membuat keputusan berpandukan iman semata-mata. People talks. But Allah helps.

Tiada ulasan: