"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Khamis, 26 Disember 2013

Ketagih.

" Weh. Aku ketagih lah. "

" Kau amik heroin ke pe ? "

" Aku ketagih dengan handsock n stokin. "

" What ?! wait wait. Blur der. Kau blend lepastu buat jus ke apa ?  "

" Ish! Kau ni. Bukanlah! Setiap kali aku keluar rumah, bila tak pakai mesti rasa tak selesa. Kau lah ni penyebab aku ketagih. "

" Well. Orang kata sharing is caring right ? Aku pun ketagih. tapi tak syok lah en ketagih sorang-sorang. Itu yang sebar virus dekat kau tu. hehe."

" Aku ingat nak satu langkah kehadapan. Aku tengah pupuk lagi satu benda untuk ketagih. "

" yahaaaaa. Kau kena sumbat masuk jail satgi aku tak tahu. "

" Aku tengah pupuk sifat ketagih beribadah bila dengar perkataan Sorga! "

" Okey. Yang ni aku pun sanggup masuk jail. "

-------------------------------

Ada sesetengah pendakwah kata,

" Alaaaa. Panas sikit je. Lama-lama biasa lah nanti. "

Ada sesetengah pendakwah lain kata,

" Susah memang lah susah nak tutup aurat sempurna. Belum cuba belum tahu. "

Tapi saya kata,

Sekali awak pakai. Cuba biasakan dalam paling kurang seminggu. Confirm ketagih.

Ketagih camne ? Ketagih yang bila awak tak pakai, awak rasa tak selesa.

Kadang bila tak pakai tu rasa macam seksi pun ada. Ehh.

Ketagih tutup aurat ; ketagih nak dapat redha Allah.



Ada amalan, yang kita kena paksa. Dan dalam keterpaksaan itu lah yang boleh timbulnya hidayah sampai kita rasa nak jerit bagi satu Gunung Everest dengar,

Sayonara jahiliyah ! i'm back fitrah ! yuhuuuuuu !

" Tapi kak, boleh ke mereka terima saya yang jahil ni ? "

Eh eh.
Mereka tak nak terima biaq pi. Allah terima awak, itu lagi special.

Untuk sesiapa yang kena boom dengan soalan macam bawah ni,

" Kau berubah mesti sebab dia en. Duh. Berubah kerana Allah weh! "

Tak perlu futur. Awak jawab je.

" Yes. Aku berubah sebab dia. Sebab Allah hantar dia sebagai perantaraan.

Aku ni baru nak berubah weh. Aku nak jinak-jinak kan hati aku ni dengan cinta Allah. Tipu lah orang yang baru berhijrah tu kata dia berubah kerana Allah seratus peratus sedangkan dia baru mulakan langkah nak mengenal Allah.

Manakan mungkin, seseorang tu kata kek tu sedap sedangkan dia belum rasa dan belum tahu apa isi kek tu sendiri. Coklat kah ? Seteghawberi kah ? Vanilla kah ? "

Hakikatnya. Perantaraan tu bukan sahaja manusia, bahkan boleh jadi alam, binatang. Only Allah knows.



Untuk da'ie-star.
Sokong mad'u untuk berubah. Bukan kau pi tibai tanya niat dia ke apa.

Sebab tugas seorang pendakwah itu menyeru, memahami dan memujuk. Bukan mempersoalkan, mengutuk apatah lagi menghukum.

Boleh jadi dia berubah kini kerana ada seseorang yang memberi dia tudung ?
Boleh jadi juga dia berubah kini kerana ada seseorang yang cantik berjilbab yang menarik perhatian dia.

Tapi akhir nanti, siapa tahu dia sendiri jadi ketagih sampai tahap tak boleh jauh daripada 'maruah' dia ?

Ketika itu bukan kerana manusia yang disayangi atau dikagumi. Tapi kerana tarbiyah cik hidayah Allah yang dah sebati dalam diri yang buat dia rasa ' ya Rabbi ! Jangan pergi ! '

Siapa tahu..




2 ulasan:

Nurin Aqilah berkata...

syukran jiddan sebab bagi virus dekat nurin jugak! agagaga ketagih sungguh. serious. if tak pakai rasa macam tak lengkap. macam akak kata, seksi. kahkah.

Ukhti Syazreen berkata...

@nurin aqilah : eh eh. hahaha