"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Selasa, 3 Disember 2013

Muhammad ayat 7.

pakai headphone.
plug in mp3.
#np Bintang Syurga - Raqib Majid ft UNIC
start menulis.

Bismillah.

--------

" Kau asal bersemangat sangat ? " 

" Ntah. Aku rasa jalan yang aku lalui ni jalan yang terindah. " 

" Jalan DnT ni ? Dah kenapa ..... " 

" Aku bagi kau contoh trang tang tang. Kau nampak pakcik dekat hujung sana tu ? "

" *angguk kepala* " 

" Nama dia Tok Adi, dia bukan penggali kubur, tapi hobi dia suka sangat tanam pokok bunga orkid. " 

" So ? " 

" Kau rasa hobi dia tu bagus tak ? "

" Ermm. Bagus lah kut ? Dapat hias sekeliling rumah dia, dapat isi masa lapang, dapat sihatkan badan dengan berkebun, dapat luangkan masa dengan isteri dia. bla bla bla " 

" Well said, memang kita semua tahu yang bercucuk tanam, berkebun tu bagus untuk kesihatan kan. Tapi kau rasa, apa risiko pakcik tu dalam tanam pokok bunga orkid atau pokok bunga yang ada sekitar kawasan rumah dia tu ? " 

" Kau nii. " 

" Jawab je lahh. " 

" Mungkin, pokok bunga tu akan layu. Atau pun budak-budak langgar/rosakkan pokok bunga tu. Atau pun, musim hujan akan buat pokok bunga tu mati. " 

" Tapi kenapa dia still minat dan rasa tanam pokok-pokok tu semua beri manfaat buat diri dia ? Atas sebab apa yang mendorong dia untuk tetap buat macam tu walaupun dia dan kita sendiri tahu risikonya. "

" Ermm. " 

" Atas sebab kepercayaan. Dia percaya apa yang dia buat tu mampu beri dia manfaat. " 

" aku tak faham. apa kaitan nya dengan jalan DnT ? "

" Okey. cenggini. Kau rasa, berdakwah tu satu benda yang baik atau buruk ? "

" Kauuu. Erghh. Confirmlah baik! Sebab berdakwah tu satu cara untuk ajak orang kepada kebaikan. " 

" Jadi, kau sama kan lah berdakwah tu dengan tanam pokok bunga tadi. Kau tahu kan yang berdakwah ni ada risiko dia ? "

" *angguk* " 

" And yet, tetap sama jugak dengan hobi tanam pokok bunga tadi. Ada risiko. Tapi kenapa pendakwah tetap pilih jalan ni ? "

" Dapat redha Allah ? Balasan Syurga ? " 

" Betul lah tu. Dan pendakwah itu mampu berdiri di atas jalan DnT ni walaupun penuh risiko, orang benci, orang fitnah, dipinggirkan, daie tu tetap teruskan. Sebab apa ? Kau rasa sebab apa ? " 

" Atas sebab kepercayaan. Duat percaya yang Allah nilai apa yang mereka buat. Para daie percaya yang lambat laun, Islam akan tertegak. Kan ? "

" Ahsanti! Betul dah tu. Di sini lah, pentingnya husnudzhon dengan Allah. Percaya dengan kepercayaan yang tinggi atas janji Allah. *usap kepala* " 

" Nur.. " 

" yap ? "

" Janji Allah yang mana buat kau rasa jalan ni terlalu indah ? " 

" Surah Muhammad ayat 7. " 

" Thank you. Nur. Aku rasa, Allah hantar kau sebagai wasilah untuk aku. " 

" Ehhh ? Dan kau juga wasilah terindah dari Dia buat aku. " 

*senyum* 





" Kepercayaan. Penting dalam hubungan antara hamba dan Pencipta. Kalau dah dengan Pencipta sendiri pun tak boleh nak percaya, hidup kita ni untuk siapa ? Isi nya apa ? " 

" Wahai hati yang baik. Wahai jiwa yang lembut. Andai ujian ini adalah ujian yang membuat dirimu makin dekat kepada-Nya, andai ujian ini makin membuat dahimu bersujud lama di tikar sejadah, andai ujian ini membuat air matamu mengalir deras mengadu kepada Dia, maka tersenyum dan sujud syukurlah. Itu bukan ujian. Bahkan kurniaan khusus dari-Nya dalam arti sebahagian nikmat iman. " 

Sincerely,
Me. 
2 Disember 2013

Tiada ulasan: