"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Selasa, 26 November 2013

Ajarkan aku.




‪#‎Throwback‬ ( salah satu post dekat facebook dulu ) 

Assalamualaikum. 

*ketuk pintu hati* 

Ada benda yang kita nak, Allah tak bagi. 
Tapi jangan lupa. Apa yang kita dapat itu lah sebenarnya apa yang kita perlu.

Walaupun yang kita dapat tu dalam bentuk ujian. 
Mungkin sakit. Mungkin juga kehilangan orang yang tersayang. 

Dalam musibah itu ada hikmah. Dalam hikmah itu ada hidayah. Jadi ?

Allah takkan jadi kan sesuatu itu secara sia-sia. 

Sakit takkan kekal. Satu hari nanti, pasti sembuh jua. 
Kehilangan orang yang tersayang bukan satu hal, sebab sayang yang fillah pasti akan tumbuh subur hingga Jannah. 

Saya tahu. 
Kadang, kita rasa lelah dengan ujian yang datang. 
Saya faham. 
Sakit bila kita kena terima sesuatu yang kita tak mahu. 

Tapi kan Allah dah kata, yang ujian itu cuma sementara ? Sabarlah.

Kita cuma tergelincir, belum jatuh. 
Kita cuma futur, belum kufur. 

Ada masa lagi kalau kita nak bangkit berlari ke arah Al Ghaffur.

---------------------------

Duduk tenang-tenang. Senyapkan di luar. Beri yang di dalam untuk bersuara. 

Dalam setiap masalah. Allah nak tunjukkan. 

Dia. Maha Kuat. 
Tiada siapa yang mampu menguatkan kita melainkan Dia. 

Dan Dia. Nak buktikan. DIA.
Tak pernah lokek untuk beri kita kekuatan walaupun sejuta kali kita berpaling daripada-Nya. 

Sincerely,
Nurrul Syazreen Afiqah. 
26 November 2013

" Tuhan. Ajarkan aku tentang cinta-Mu. " 

Tiada ulasan: