"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Isnin, 1 Julai 2013

Cinta. Pilih setiap hari berpahala atau setiap saat berdosa ?

tenenenet. pukul berapa sekarang ? pukul 4.45 pagi. feh.

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya atau pun lebih tepat mengadu pasal perasaan cinta dorang pada gua. Ahaaa. Berbunga sekejap hati en ? Takpa, jangan nafikan. Gua tahu tu. *gelak jahat*

*tarik nafas* *amik mood serius*

Sebenarnya, tak salah kita ada perasaan tu. Sebenarnya lah. Sebab perasaan tu bukan kita yang cipta tapi Allah yang bagi. But, cara kita kendalikan perasaan tu yang salah. Cara kita memahami perasaan kita tu yang salah.

" Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, adakah BENAR itu cinta ? " - Burhan Sodiq

Yezza. Betul sangat dah tu. Sebelum kita cakap yang itu ada lah cinta, adakah benar kita betul-betul memahami konsep 'cinta' itu sendiri ? Tenenet. Tanya hati, tanya iman. Seletep nafsu.

Fakta. Masa muda, kita hanya merasakan apa itu perasaan. Tapi hakikatnya kita tak tahu apa itu perasaan.

Dalam Kitab Inspirasi Cinta Terhebat karya Burhan Sodiq, pada awal-awal chapter lagi beliau dah menyebut.

Kita (remaja) baru melangkah dari alam kanak-kanak ke alam yang lebih dewasa. Kebanyakkan kita tak faham apa perasaan yang baru muncul tu. Dan kesimpulannya, perasaan sedikit 'teristimewa' itu terus kita anggap ia sebagai cinta. Hakikatnya, bila ditanya, cinta pun kita tak faham apa ertinya.

Kesian, right ?


Disebut di dalam Kitab Fursan Minat Tarikh ( Para Pahlawan Dalam Sejarah ) karya Ahmad Khalil Jum'ah.
" Ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia. Tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak. " 


Jujur saya kata kan, saya selalu dengar masalah 'cinta' ini kerap di uji pada mereka yang mula berhijrah. Ops ! Saya sendiri sudah lalui nya sebelum ni. #Eh

Apabila datang seorang lelaki yang berakhlak mulia. Si muslimah mula tertarik pada diri nya. Lalu terjadi lah proses hidayah menyapa. Si muslimah mula lah perlahan-lahan mengubah diri menjadi lebih baik untuk diri si dia. Kan ada dalam kalam-Nya, ' lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ' ? Acewahh.

Jujur, ana sendiri sebenarnya tak kan halang orang yang ' fall in love' pada orang yang lebih baik ni.
Sebab ana tahu, perasaan tu lama-lama akan bertukar menjadi hidayah. Percayalah . Percayalah . Percayalah.

" Kak Syaz. Tak tahu nak buat apa dah ni. Budak perempuan tu selalu datang surau sekolah, sibuk solat Dhuha sebab lelaki tu imam kan je. Bila solat fardhu ? Liat sungguh. Wallahu'alam. " Kata seorang junior.

And I was like, sengih lebar-lebar kategori kambeng tersenyum dapat rumput se-lori.

" Biar je dia. Kita tak boleh nafikan perasaan ni. Like seriously, kita langsung tak boleh. Yang bagi rasa tu, Dia. Tanpa izin Dia, kita sendiri tak boleh cabut perasaan tu. Kita tak boleh kacau kerja Allah. Biar je lah dia nak pi solat Dhuha sebab lelaki tu. Sebab, tak mustahil dalam salah satu solat Dhuha tu, ada hidayah yang akan menyentapkan diri dia. Ada. Just pray for her. Jangan berhenti. Okey, dear ? " 


Get it. Sebenarnya, perasaan tu boleh jadi motivasi buat kita. Boleh kalau kita nak. Dalam motivasi, perasaan tu makin lama makin hilang. Kita tinggal pilih je.

Pilih nak terus hanyut dek perasaan yang tidak pasti atau terus bangkit mempersiapkan diri ?

Pilih setiap hari berpahala atau setiap saat berdosa ? 

" Allah jadi kan sesuatu tu ada hikmahnya. Tinggal kita je perlu cari. Kalau rasa tak mampu, serahkan hati ni pada Dia. Hati ni bukan milik kita. Bukan kita yang pegang hati ni. Serahkan hati ni pada Allah. Serahkan rasa ni pada Allah. Sebab Dia yang bagi, hanya Dia yang mampu cabut semula rasa ni. Hanya Dia. " 

" Awak tak pernah rasa benda ni ke Syazreen ? " 

" ........krikkrik......... " 

Tipu kalau saya kata kan tak pernah. Sebab bila baru berhijrah. Jumpa pula orang yang baik, tak mustahil hati tu sedikit 'goyang'. Cuma satu je lah. Bila dah jauh dari situasi ni, saya nampak. Saya dapat bezakan, antara cinta dan kagum. Dan hakikatnya, bagi saya, itu adalah kagum semata-mata. Wallahi.

Itu kisah dulu. Sekarang ?
Timbul lah banyak mana pun gossip tak tentu hala. Timbul lah banyak mana pun gabungan nama. Hati saya, hanya saya dan Dia yang tahu. Satu gossip pun tak kena. Satu nama yang dipadankan pun tak tepat. Ada mungkin ada. Tapi jauh. Dan rasa tu tenggelam sebab ada rasa yang jauh lebih hebat. Disebabkan nama Dia teristimewa. Sehingga diri ni lupa dan tiada masa untuk nama-nama lain yang turut istimewa.

Apa yang kau merepek ni Syazreen ? Kbye.

Mujahadah lah. Lawan lah.

Allah buka peluang untuk rasa tu jadi semangat dan pahala. Jangan kita jadikan rasa tu bahana dan dosa.

Sincerely,
Kitty.

------------------------------------------

Ya Allah, aku sayang dia. Lalu aku pinta, sayangilah dia.

Let's back on track. Cari Islam dalam diri semula.

Benar – cinta tak halal merosakkan iman

Yang pahit tu namanya mujahadah. Nak jadi orang beriman ni bukan kerja mudah.

Tinggalkan yang haram. Semoga Allah gantikan dengan yang halal.

Semoga air mata yang gugur kerana putus cinta, putus cinta kerana takut dosa. Semoga air mata tu menjadi saksi taubatmu yang suci.

- mato - 

Tiada ulasan: