"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Ahad, 6 Januari 2013

Dakwah ? Bukan satu kerja yang mudah .



Tarik nafas . Alhamdulillah, Allah beri lagi dekat kita nikmat utama tu .

Sejak beberapa hari ni, kesihatan tak menentu . Mula-mula sakit tekak, lepastu selesema . Pening tak payah cakap, memang setiap hari . Daripada dulu hingga lah sekarang . Syukur . Dengan sedikit ujian ni sekurang-kurangnya dapat lah ingatkan diri yang sombong ni tentang batu 2 yang putih tu .

Hari Jumaat yang lepas ada perjumpaan usrah lelaki dan perempuan di surau sekolah . Boleh saya katakan, usrah kali ni lah paling lama sangat . Dari pukul 3 sampai pukul 5 lebih . Lepas tu ada solat Asar berjemaah dengan ahli usrah dan bekas student SMK Bandar Tasik Puteri . Lepas gian sat nak solat dengan mereka ~ *gelak*

Secara tak berapa nak rasmi nya amanah sebagai Pengerusi Usrah SMKBTP digalas oleh Muhammad Adib Farhan dan Naib Pengerusinya pulak ? *sengih kambing* Okey, done !

Saya tertanya-tanya, takpa ke saya galas tanggungjawab besar macam ni . Dalam hati terfikir, gerenti ada yang tak puas hati punya dengan pilihan cikgu ni . But, teacher usrah cakap, " Kenapa perlu tolak pahala sedangkan peluang terbuka luas ? " and kakak usrah saya cakap, " kata nak jadi Mujahidah ? Allah nak buka satu jalan ni . Yang penting, pikul amanah tu baik-baik . Akak percayakan awak . "

Campur, tolak, darab, bahagi . Alhamdulillah, kita try je ye wahai diri ?

Saya tak anggap peluang ini sebagai peluang untuk jadi hot dekat sekolah . Saya tak terfikir peluang ini adalah peluang untuk menjadi seorang yang menggalas jawatan sebagai Naib Pengerusi yang disegani ramai . Saya tak pernah terlintas untuk anggap diri saya sebagai seorang naqibah untuk adik-adik usrah semua . Yang saya fikir sekarang, dakwah . dakwah . dakwah .  Dalam otak ni fikir, macam mana nak didik ummah dan sekaligus tergolong dalam ummat manusia yang di tarbiyah . Sangat-sangat harap, jalan dakwah ini dapat menyelamatkan aku daripada tergelincir ke neraka Jahannam . Di mana di sana . Langsung tidak terasa kasih sayang-Nya . Langsung tidak ada kasih sayang-Nya .

Hold on . Ingat nak berdakwah ni senang kacang kuda goreng ke ? Semestinya tidak . 

Dalam berdakwah dan tarbiyah ni lah manusia-manusia selalu diuji . Yang paling halus ujiannya adalah riak dalam melakukan ibadah . Allahu . Terus teringat video MrTheAllShared tentang riak dulu . Dan dengan serta merta, hati termasuk diri mengangguk tanda setuju untuk pikul dakwah ni .

Kita langsung tidak dibenarkan untuk menolak dalam melakukan kebaikan atas sebab takut diri ini riak . Kalau lah tolak untuk tidak berdakwah kerana takut diri ni jatuh bangga, takkan wujud seorang pun pendakwah . Ikhlas ni sangat kecil . Sangat halus . Dan kita takkan tahu tahap mana hati kita ni dalam berdakwah . Ikhlaskah ? atau saja-saja ? atau nak tunjuk baik ? na'uzubillah ..

Ya Allah . Bantu aku . Ikhlaskan hatiku dalam berdakwah . Aamiin . *pejam mata, pegang dada*

Walaupun proses dakwah ini susah, tidak bermakna anda boleh beri alasan ini untuk tolak tawaran menjadi seorang dai'e . Sebab tu perlunya mujahadah dan istiqomah . Jalan dakwah itu pahit kerana syurga-Nya itu manis ! Tanggungjawab untuk berdakwah ada dalam diri setiap manusia . Ada ! Dan satu hari nanti, saat kita dibangkitkan . Allah akan tanya, adakah kita sudah laksanakan amanah ini ? Adakah kita berjaya ? atau adakah kita berusaha ? atau adakah kita duduk goyang kaki ? Masa tu paras iman yang menjawab, bukan lagi mulut yang lancang berkata-kata . think !

Tiada ulasan: