"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Sabtu, 23 Februari 2013

Squad Hijrah Pencetus Revolusi Ummah !






Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Pada 23 Feb 2013, Squad Hijrah SMK Bandar Tasik Puteri telah melancarkan program pertama mereka iaitu forum cinta Rasul yang bertajuk " Mencintaimu Mencintai-Nya " di Masjid Bandar Tasik Puteri jam 3 petang. Berkerjasama dengan banyak pihak antaranya pihak Masjid Bandar Tasik Puteri, Aqsa Syarif Hulu Selangor, SMK Bandar Tasik Puteri dan juga Balai Polis Bandar Tasik Puteri . 




Terlalu besar nikmat Allah, terlalu cantik peraturan Allah. Allahurabbi, syukran jiddan. Ilove You <3 Kenapa saya cakap macam tu ? Bila saya ingat balik semula, cetusan idea untuk tubuhkan group Squad Hijrah remaja bermula sejak kami libatkan diri dalam program Street dakwah non-muslim anjuran Mais, Ikram dan badan NGO yang lain-lain lagi. Daripada street dakwah ni, kami belajar cara berinteraksi dengan orang ramai. Belajar mensyukuri hakikat islam yang dianugerahkan dalam diri. 

Sesungguhnya Allah sangat Maha Berkuasa, dalam waktu yang sama, saya dan seorang lagi pelajar libatkan diri dalam isu Palestin. Cari kutipan melalui pembelian button. Jujur saya katakan, bermula daripada sini gerakan revolusi banyak berlaku dalam sekolah kami . Teacher usrah beri cadangan untuk kami buat satu gerakan memakai button Gaza beramai-ramai di sekolah dengan tujuan untuk beri kesedaran pada ibu bapa sekaligus menyumbang untuk Gaza .

Masuk tahun 2013, mula-mulanya kami agak 'takut' untuk pakai sebab pakai button ni salah dalam peraturan sekolah. But kami kuatkan hati, cekalkan jiwa, buat muka selamba, dan akhirnya ramai yang tertarik dan hampir 3/4 pelajar sekolah mempunyai ' lambang baru' di baju mereka. Yang agak memeranjatkan, guru disiplin, cikgu pengawas langsung tidak ambil tindakan malah beri sumbangan idea untuk menjual button dan mafla Gaza di bilik guru sekolah. Ya Rabb, syukran jiddan . 

Then, tak lama lepas tu, saya dan ahli usrah yang lain dapat satu offer untuk sertai program 'Sukarelawan Palestin' yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif Malaysia. Disebabkan saya memang minat dalam program Gaza ni dah lama, so saya dan seorang lagi kawan saya ni dah decide untuk turut serta dalam program ni. Saya ingatkan program ni macam bagi ceramah ke apa, tapi rupa-rupanya boleh dikatakan sebagai ' mesyuarat ahli Aqsa Syarif ' . Mata melihat, telinga mendengar semangat-semangat ahli yang lain. Cadangan mereka serta perbincangan aktiviti mereka. Sungguh bagi saya, mereka adalah insan yang sangat hebat ! Berkerja tanpa gaji, tapi semangat mereka menggunung tinggi ! Dan saya sangat terkesan dengan kata-kata seorang tokoh yang selama ni saya cuma dapat tengok dalam tv tapi kini live di depan mata. Beliau adalah Prof Madya Dr. Hafidzi Md. Noor . 




" Sekarang bukan masa untuk menangisi nasib Palestin. Itu dulu, not now. Sampai bila kita nak menangis tapi perjuangannya tidak ? Sekarang masa untuk kita bangkit, perjuangkan Islam ! "

Demi Allah, balik je dari program tu. Sehariannya saya tak boleh duduk diam. Teringat kata-kata, terbayang video, perancangan mereka, idea dalam kepala. Sampailah satu masa bila teacher kata, kita ( usrah SMKBTP) akan adakan usrah bulanan yang melibatkan ibu bapa. Alhamdulillah, Allah buka peluang. Saya jumpa teacher dalam pukul 1.15 tengah hari untuk cadangkan supaya buat usrah ni bersama Aqsa Syarif memandangkan Aqsa Syarif boleh sediakan phamphlet untuk program. Selain tu, adakan street dakwah edar phamphlet di pasar malam dan juga ride motor bagi pelajar lelaki. Satu kelebihan yang kami ambil untuk memberitahu yang adanya satu komuniti remaja yang perlukan Islam. Dalam pukul 2.30 macam tu, hari yang sama, saya dapat satu berita yang sangat-sangat luar biasa . Cadangan kami diterima malah satu bonus pada kami apabila aktiviti kami dipilih untuk mewakili program besar sekolah dalam program K.I.K yang diwajibkan oleh PPD pada setiap sekolah. Allah, Allah, Allah. Sangat cepat bantuan Allah datang ! Dan daripada sini lah tubuhnya satu gerakan pelajar yang dipanggil SQUAD HIJRAH . 





Beruntung kerana kami dapat sambutan daripada bekas-bekas pelajar SMKBTP yang banyak membantu.Pelajar-pelajar yang turut serta menjadi ahli . Dan guru-guru yang mula melihat usrah ini satu gerakan yang mampu untuk menjadi Pencetus Revolusi Ummah. Pada mulanya, usrah diadakan kecil-kecilan yang diketuai oleh tiga orang guru iaitu Ustaz Izham Hasni,Puan Yuhaida dan Puan Rabaah. Usrah ni dikategorikan sebagai kerja amal sebab aktiviti ni bukan bawah aktiviti sekolah. Namun, sekarang ada beberapa orang guru yang hadir bagi memberi galakan antaranya Pn Alina dan Pn Haryati.

Saya dapat lihat sendiri, bukan saya sorang sahaja yang bersemangat menegakkan Islam dalam sekolah tu, malah terlalu ramai ! Saya tak anggap Allah bantu niat saya, tapi hakikatnya Allah bantu niat kami. Saya yakin, dalam diri setiap daripada kita pasti terselit untuk membuat revolusi yang besar, revolusi yang mampu bangkitkan remaja menjadi aset paling berharga dalam agama. Dan kini, Allah kabulkan permintaan saya, mereka, kami dan anda. 
       


" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" - Muhammad : 7 -

Itu janji Allah pada kita semua, dan sudah terbukti pada kami. Maka nikmat Allah yang mana satukah yang hendak kita dustakan ? 

" Itu pentingnya hidup dalam jemaah Syazreen. Yang susah menjadi mudah " - Puan Yuhaida 

" Kamu semua terlalu matang. Memahami konsep perjuangan dalam usia muda. Akak dapat kesedaran masa umur 20 lebih. Mereka ni lah generasi cemerlang. Mereka ni lah yang akan meneruskan perjuangan bila kita takda nanti " - Kak Azzi Huda 

" Setiap orang yang mempersiapkan mujahidin, maka mereka adalah mujahidin ! " - Prof Madya Dr. Hafidzi Md. Noor 

" Rehatkan diri, rehatkan hati. Jangan serik untuk menjadi pejuang Islam dalam usia yang muda " - Ustaz Izham Hasni 

" Mereka mujahid mujahidah agama. Mereka pemuda pemudi yang istimewa . " - Syazreen 





Ya Rabb, satu sahaja permintaan kami. Terimalah amalan kami ini. Benarkan kami bersama-sama berada di samping Baginda kelak . Izinkan kami bersama-sama memasuki Jannah bertemu dengan hakikat cinta kami, Ya Rabb . Aamiin .





1 ulasan:

Unknown berkata...

akak doakan awak pula ke Gaza suatu hari nanti, insyaAllah.