"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Ahad, 2 Disember 2012

" ALLAH memilih kita ! " (street dakwah)

" Apapun yang berlaku . Walau bagaimana cara sekali pun kita ke sini . Perbetulkan niat. Ingat satu kata saya ni. Kita adalah insan terpilih! Allah memilih kita untuk melaksanakan misi kali ni . Kita bukan nak mengIslamkan orang . Tapi kita nak kenalkan Allah ! " - Bro Kamarulzaman-

Alhamdulillah, selesai sudah program cuti sekolah yang pertama . Pada 24 November 2012, Bandar Tasik Puteri telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai kursus street dakwah di KUIS .

Okey, secara jujurnya ni pengalaman pertama saya untuk hadirkan diri dalam kursus street dakwah . Cop cop ! Bukan kursus untuk kempen tutup aurat ke apa, but kursus untuk berdakwah pada non-muslim .
Gotcha !

25 November 2012 tu pula baru kami jalankan dakwah secara besar-besaran di seluruh Selangor . Dan bagi wakil-wakil BTP yang rata-ratanya berumur 15 hingga 16 tahun dan juga 2 orang mahasiswi dan 2 orang guru dan 1 orang muslimin. Kami jalankan street dakwah di AEON, Rawang .

Saat sentuhnya telapak kaki di parking lot tu, saya tekadkan hati yang setiap langkah kami adalah Jihad ! Setiap peluh kami adalah pahala . Bukan mudah untuk berdakwah pada non-muslim . Dan saya akui, apa yang kami dapat tu tak sampai 0.1 peratus pun cabarannya . Dengar pengalaman orang lain, rasa betapa hebatnya mereka . Bersabar dalam memperkenalkan Allah pada mata dunia . Tapi bila fikirkan balik, tak lah susah sangat tapi tak pula senang kacang goreng . Kira okeylah wa cakap lu . Kami pun still pelajar lagi . Muda-muda belaka . Kira apa yang kami lalui ni masih terkawal dengan kawalan Ilahi .

Saya masih ingat bagaimana kami dikejar oleh pak guard yang kuat lagi gagah sambil di poketnya tergantung sebatang kayu (apa entah namanya) . Masa tu dah nak balik dah pun . Tak dapat gambarkan macam mana kitorang punya respon masa tu lagi-lagi masa dia nak kejar tu cuma ada saya dan Kak Hafizah Lee . Hanya dua muslimah ketika tu ! Heh, sedikit rasa takut dan GERAM semestinya .

Ada juga dapat bual-bual dengan aunty India,China . I think . Without this 'call' , saya takkan pernah tahu apa sebenarnya tanggapan mereka terhadap Islam . Terhadap ummat Islam . Terhadap saya sendiri ! Dan saya takkan pernah tahu yang sebenarnya mereka ada soalan yang musykil yang ingin ditanyakan . Yang perlu jawapan yang sangat terperinci . Malah, saya sangat terkejut bila ada aunty India ni kata, dia pernah kena marah bila dia tanya soalan pada orang Islam . Privasi katanya, haihh .  Dan saya takkan pernah tahu yang sebenarnya mereka berminat dengan Islam ! SubhanaAllah . Maha Suci Allah yang mengaturkan segalanya dengan begitu cantik sekali !

Dan bila sekarang, saat saya duduk dengan selesanya di atas tilam ni . Mengimbas kembali kenangan manis tu, saya jadi tersenyum seorang . Terkenang betapa gilanya kami berdakwah sambil main nyorok-nyorok dalam AEON tu . Sepatutnya kami berdepan je dengan pak guard tu . Terangkan apa-apa yang patut walaupun perlu ulang banyak kali .

Ayah saya cakap, Lain kali, bila kena kejar . Berdepan dengan guard tu dan baca Bismillahirrahmannirrahim sekali dan teruskan baca dalam hati . Minta pertolongan dengan Allah .  Bila guard tu mintak permit . Just cakap
" Awak nak permit ? Untuk permit nyata memang saya takda . Tapi kalau awak nak juga, saya boleh bagi . Permit saya adalah ISLAM ! dan yang beri permit saya ni ALLAH ! Tuhan saya dan awak ! " 

Apa-apa pun . Bagi saya, ini seruan yang Allah dah tetapkan buat saya,awak dan mereka. Dan saya harap akan ada lagi seruan yang menyeru hati-hati ini . Dan sangat berharap, satu hari nanti . Kita akan tersedar bahawa sebenarnya seruan itu sudah ada . Sudah wujud sejak kita menangis kehausan menginginkan setitis air susu ibu . Kerana saat kita lahir . Kita bukan lahir sorang-sorang . Tetapi kita lahir bersama dakwah dan tanggungjawab sebagai Khalifah dalam diri kita . Tanggungjawab yang perlu kita lunaskan sebelum tarikh melaporkan diri tba . Dan jeritan kehausan itu ibarat tanda kita menyahut seruan Ilahi  . Seruan yang dinanti !

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! 
Thanks for the helpful and support  : Teacher Yuhaida , Muhammad Adib Farhan, Muhammad Amirul, Mozaid Azrin, Nur Hafizah , Asilah, Aina Maziah, Alin Iwana, Fatin Nadia, Nur Fakhira . Ahmad Farhan, Umur Yusuf , Puan Rosnah sekeluarga . Dan IKRAM semestinya !

Tiada ulasan: