"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 14 Ogos 2013

Tentera Allah


Baca mana-mana artikel tentang Syiria, Gaza, Mesir, rasa macam betapa kejamnya aku kerana masih ada di sini.

Mereka dah syahid.
Aku bila lagi ?

Wei syazreen, kau bila lagi ?

Nak syahid, tapi liatnya untuk sambut seruan.
Allahurabbi. Ini ke yang dinamakan pemburu syahid. Malu untuk aku gelarkan pada diri.

Tak lama lepastu, hidayah pun ketuk hati dengan muka garang.

Ada sebab kenapa Allah tak hantar kau ke sana.

Solat pun terkadang dilewatkan. Qiam pun liat nak bangun. Quran pun baca sambil lewa. Ada hati nak pi berjihad di sana ?

Perjuangan mereka di sana. Perjuangan kau masih di sini.
Yang teruk, bila di sini masih lagi tiada gerakan membantu ummah.

Tentera Allah bukan calang-calang orang. Mereka adalah orang yang terpilih.
Dan sayangnya, kita masih di sini. Tidak tersenarai sebagai tentera pahlawan Allah.

Oh maaf.
Bukan tidak, cuma belum tersenarai. Yes. BELUM tersenarai !

Ehem. Kenapa orang kata jihad yang lebih utama adalah jihad melawan nafsu ?

Sebab sebelum berjihad di medan perang pun, kita kena berjihad dengan nafsu kita dulu. Untuk memilih dunia atau akhirat ? Untuk menang sebagai syahid atau menang sebagai tentera Islam ?

Aqim daulatal islam fi qalbika, taqum fi ardhika ! 
Tegakkan lah Islam dalam dirimu, maka akan tertegaklah Islam di dunia mu !

Salah satu pesanan daripada seorang tokoh semasa meeting Aqsa Syarif  yang saya ingat sampai kini dan selamanya,

" Masa untuk menangis itu dulu. Sekarang bukan masa untuk menangis dan meratap lagi. Sekarang sudah sampai masanya untuk ummat Islam bangkit ! Bangkit ! " - Dr. Hafidzi Mohd Nor

Awak. Hati.
Jadilah seorang hamba yang apabila Allah campakkan di mana-mana, awak tetap berjuang.

Kerana, dalam dirimu ada semangat tentera.

Perjuangan tetap perjuangan. Dakwah tetap dakwah. Jihad tetap jihad.

Tiada ulasan: