"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Jumaat, 3 Mei 2013

Penghijrahan bukanlah sesuatu yang memBosankan.



“ Kak, orang stress lah nak dekat imtihan ni. Masalah yang orang cerita haritu timbul balik . “

“ Bawak sabar sayang . Biasalah tu, Allah nak uji . Dia nak ‘cuit’ sikit je pun. Sabar neh ? Dah minta ibu doakan ? “

“ Dah . Tapi kak, orang macam tak tau nak buat apa bila stress macam ni . susah lah . “

“ Adik biasanya buat apa kalau adik stress ? Adik buatlah sesuatu yang adik suka and enjoy . Selagi benda tu tak langgar syariat, go on . “

“ ermm . akak kalau stress akak buat apa ? “
“ me ? ahaha . betul nak tau ? Tapi jangan terkejut beruk pulak ehh ? Akak biasanya main baseball dengan kawan-kawan . Then, kalau akak nak ringankan kepala akak daripada masalah akak akan baca novel . Boleh lah daripada duk sibuk fikir masalah 24 jam kan ? stress melampau pun tak boleh. *senyum* “

“ what ?! akak main baseball ? serius lah ? dengan tudung labuh bagai ? kak ! Shanie tak percaya ok . “

“ serius lah ni. Apa ingat orang pakai tudung labuh tak boleh lasak-lasak ke ? But, akak main dengan geng muslimat je lah. Pakaian kena lah ohsem . Pakaian yang menutup aurat pastinya . Dari dulu akak memang main baseball. Cuma dulu ada main dengan lelaki block . Sekarang bukan bah begitu lagi . ehehe. “

“ Tak, Sha cuma terperanjat . Ingatkan orang pakai tudung labuh semua ni memang lembut lagi ayu semuanya . “

“ Akak bukan ayu tapi kayu boleh lah baq hang . haha “

---------------------------------------------------------

Kadang, kita dah set dalam minda kita maca ni kan ? Kalau aku nak berhijrah, aku mesti tinggalkan dunia aku yang dulu 100% . Kalau nak berhijrah mesti 24 jam al-Quran, 24 jam zikir, 24 jam qasidah, 24 jam nasyid je . How laaahh . Tau tak, sebab macam ni lah orang takut dengar perkataan hijrah. Orang pandang sinis dengan penghijrahan. Dan mula lah timbul isu munafik apabila si mad’u buat salah sikit.

“ eleh . Pakai je tudung labuh tu tapi tegur jugak lelaki . “
“ eleh . Pakai je jubah tapi still baca juga novel cinta . “
“ eleh . Pakai je niqab tapi ganasnya masyaAllah . “
“ eleh . Pandai je nak dakwah orang mamat tu tapi bila keluar mall pakai jugak jeans . “

Dan sebagai ‘eleh’ lagi . Kita perlu lihat semula konsep Islam . Memudahkan jangan susahkan . Kenapa kita perlu anggap orang yang berubah ni adalah insan sempurna seperti malaikat ?

Kita boleh je nak buat sesuatu perkara yang kita suka tu selagi tak bercanggah dengan syariat Islam. Ada je orang tertarik dengan Islam disebabkan perwatakan si daie yang sempoi tapi tegas . Jujur aku kata, daie yang sedikit ‘rock’ ni memang lah ramai yang beri perhatian. Dan aku pun lalui proses tarbiyah dengan suasana yang agak ‘kasar’ juga dulu. Maybe, mereka lebih dekat dengan jiwa remaja . Mereka lebih menyelami jiwa mad’u mungkin ? Meletakkan diri mereka di tempat mad’u . Umpama pemimpin turun padang dalam kempen PRU13 . cewwah . ehhh ?

Kita tahu, diri kita ni memang tak boleh sampai had sempurna. Tapi kadang tu lagak diri kita ni memang makhluk Allah yang paling sempurna lah . Satu dalam seribu . Dua dalam sejuta . Ujian buat si da’ie apabila merasakan diri mereka lebih perfect berbanding orang lain. Haihh, kadang diri kita tewas juga kan ? Kan ? Kan ?

Cuba lah wahai para duat, meletakkan diri anda di tempat mad’u . Cuba belajar menyelami jiwa mereka. Kehendak mereka. Dah tahu mereka lemah dengan ceramah, kenapa kita still go on dengan ceramah kita yang panjang berjela . *tampar diri sendiri* 
Dakwah itu juga perlukan seni. Bagaimana mahu membentuk sekeping hati yang lembut. Bagaimana mahu mewarnai hati dengan usrah. Kita memang tak mampu, tapi dengan izin Allah, yes kita mampu.

Buat mereka di luar sana, tolong jangan anggap para pendakwah ni seperti malaikat. Sempurna hingga melakukan dosa sedikit terus dicela . Kadang bukannya dosa pun, tapi mulut kita ni tajam macam lah dai’e tu buat jenayah paling berat di Malaysia . Kita nak da’ie tu macam ustaz dan ustazah tapi kita sendiri boring . Bila da’ie tu tampil dengan wajah baru yang sedikit ‘ohsem’ , kita katakan yang dia sesat . Acaner ni ? Alasan belaka . Apa yang kita nak sebenarnya ? *usap dagu*

Aku ingatkan lagi sekali. Pendakwah bukan malaikat. You're expecting too high. mato - 

Tiada ulasan: