"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 10 April 2013

Rabb, will You forgive me ?




Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan lagi kita bernafas dan mencorak kebahagiaan kita kali ini. Tapi kebahagiaan yang macam mana kita pilih ? Yang macam mana ? Ada yang mengatakan, " Hidup kita ini sebenarnya pilihan. Pilih sama ada hendak ke syurga atau ke neraka. " Lalu, bagaimana pilihan keadaan iman kita hari ini ? yazid wa yanqus ? Itu sebenarnya penentu kebahagiaan.

Rabb, maafkan aku.
Pagi tadi ibu marah. Untuk semalam je dah 2 waktu aku tertinggal solat. Bukan aku sengaja. Rabb, bukan aku sengaja ! Sampai rumah pukul 5.30. Masuk rumah, siap-siap nak solat, rebah, terus tak ingat apa. Sedar-sedar tengok dah ada atas katil. Ibu kata, aku pengsan masa tengah bersiap nak solat. Allah, kenapalah aku ni lemah sangat .

Selesai isya', terus baring. Tak sentuh homework langsung. Kepala pening menjadi-jadi. Teringat kejadian mengedar phamplet Squad Hijrah kelas ke kelas . Dimalukan di hadapan senior-senior dekat sekolah semalam.



 " ASSALAMUALAIKUM ! Mana salam awak ? orang pakai tudung labuh macam awak ni sepatutnya bagi salam. Eh, nak tanya sikit. Awak pakai bawah dagu ni untuk apa sebenarnya ? Saya tengok ramai sangat dah pakai tahun ni. Tahun lepas tak adalah pula nak tutup macam ni. Takda, bukan apa. Nampak pelik. Macam buruk tetiba hitam. Ustazah pun tak ada nak pakai. Tengoklah macam awak ni, nampak pelik. " 


Aku hanya mampu tersenyum lama sebelum menjawab. Keluar dari kelas 5 Science 3, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku .


Bagi diriku amalanku, bagi dirimu amalanmu.

Dan hari ni, lagi sekali tak pi sekolah. Semalam badan dah penat, balik dengan berhujan, tak makan ubat, memang patut hari ni demam jadi best friend. Sekali lagi, aku mengkhianati amanah ( jasad ) yang Allah beri. Lalu, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang hendak kau dustai, wahai hati ?

Sepatutnya, sebagai daie tidak perlu ada istilah 'down' dalam diri. Aku pun tak faham dengan diri aku ni. Semangatnya memang menjadi-jadi, tapi bila diuji sedikit, mula mengeluh sana sini. Apa yang aku ada ?Sombongnya aku sampai Allah nak 'jentik' sikit pun tak bagi. Sampai Allah nak 'uji' sikit pun tak diberi.

Aku terlalu bersemangat meniupkan aura jihad untuk menegakkan kalimah 'lailahaillallah' sehingga aku terlupa bahawa adanya duri yang menyakiti diri walaupun tidak sesakit ujian 'Muhammad Rasulullah.'

Sepatutnya aku bersedia, dalam setiap perubahan pasti ada ujian. Dalam setiap langkah pasti ada ujian. Ujian demi ujian. Dan aku sendiri yakin, dalam setiap ujian itu pasti ada pahala sebagai ganjaran dari-Nya. Bukannya aku tak biasa, tapi kadang aku terkalah jua. Sama ada syaitan membisik atau nafsu menguasai diri.
Rabb, will you forgive me ? .

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka diberi dugaan. Oleh sebab itu, barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak, maka padanya kemurkaan Allah " ( Riwayat al- Tirmidzi )


Tuhan sentuh aku dengan cintaMu 

Basuh rindu dendam hatiku 

Berlari mencari diriMu 


Terbata meraba di fatamorgana dunia





Tiada ulasan: