"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Sabtu, 26 Oktober 2013

Re-post : Jatuh Bagun itu Lumrah Alam


" Ya ukhti, rehatkan hati . Perlahan-lahan kita aturkan sekali lagi . "
" Mujahidah ana, fikirkan caranya . Jangan cepat melatah walaupun ujian ini terlalu berat . " 
" Asyiq . Hanya ujian hebat untuk orang yang hebat . Mana Asyiq yang saya kenal dulu ? Ambil masa kalau benar-benar perlukannya . " 

Tersentak . Lantas aku berpaling, tercari-cari satu suara jeritan kecil .

" Ibuuu ! Sakit ibu ! "

Aku palingkan wajah . Seorang wanita memakai tudung biru muda berlari mendapatkan si kecil . Ibu si kecil bermata bulat ni agaknya .

" Haa . Itulah, siapa suruh berlari . Dah bangun cepat . Perlahan-lahan bangunnya, kaki tu kan luka "
" Ibu ! Layang-layang tu dah terbang ! Aduh, sakit ibu ! "

Aku mendongak . Terlihat layang-layang warna-warni terbang bebas. Makin lama makin jauh . Aku pandang si kecil . Alhamdulillah, sudah boleh bangun dan bergerak secara perlahan-lahan .

Teringat semula lamunan jauh tadi . Terlintas pula situasi tadi . Aku picit dahi dek terasa sakitnya . Makin lama makin terasa pening yang mencengkam . Segalanya berputar dengan sendiri ! Layang-layang, luka, darah, kata-kata . Ahh !

Lantas aku bangkit bergerak mencari sedikit ruang sunyi sambil mata tidak lepas memandang gerak-geri anak buah yang gembira bermain . Aku alihkan pula mata memerhatikan bola yang disepak pemuda-pemuda yang gagah menunjukkan bakat masing-masing. Aku duduk lalu aku tundukkan pandangan memerhati rumput yang bila-bila masa saja akan dipotong oleh badan yang bertanggungjawab .

Bangkit .
Meniti perkataan itu perlahan di bibir . Ya, bangkit .
Apa yang aku lihat, apa yang terjadi semuanya ketentuan-Nya yang tidak dapat dielakkan lagi . Lalu aku lihat anak kecil tadi bermain riang . Terukir senyuman di bibirku . Jatuh tadi adalah pengajaran buat dirinya untuk tidak lagi berlari . Pengajaran untuk dirinya supaya apabila berjalan, mata sentiasa kawal apa yang kita pijak . Curamkah, lubangkah, batukah ? Agar perkara tu tidak berulang lagi . Mata beralih pula kepada pemuda merangkap seniorku di sekolah jatuh bagaikan nangka busuk dek kerana bola . Tiba-tiba, sekeping daun gugur menyentuh atas tudung kepala ku .

Aku capai daun yang gugur itu . Wahai hati, jatuh bangun itu adalah lumrah alam . Perkara yang biasa . Perkara yang setiap orang laluinya . Pandangan ku masih tertancap pada pemuda yang jatuh tadi . Masih tidak bangun . Mungkin kerana terlalu sakit agaknya ? Hurmm ..

Jatuh . Bangun . Jatuh . Bangun .

Perkara yang berulang banyak kali dalam hidup kita . Semakin kita dewasa, semakin terasa sakitnya dek jatuh . Semakin kita matang, semakin banyak masalah kita . Lalu ? Terpulang kepada diri kita untuk bangun terus atau rehat sekejap hilangkan kesakitan dan bermain semula . Tapi langsung tidak ada yang jatuh tapi tiada kekuatan untuk bangkit . Tiada . Melainkan mati  .

Terdetik dalam fikiranku . Kalau aku tak bangun daripada masalah ni, aku akan tetap kena laluinya .Ujian demi ujian . Tidak akan pernah berhenti Allah menguji kita sampailah nafas kita putus .

Benar kata orang sekeliling yang prihatin . Atur perlahan-lahan . Bangkit perlahan-lahan . Teringat anak kecil tadi, pemuda tadi . Kedua-duanya mengambil masa untuk bangun . Tidak mustahil, bila mereka bangun terus, kaki anak kecil itu akan mengeluarkan darah yang banyak . Dan tidak mustahil untuk pemuda itu jatuh lagi sekali kerana tiadanya rehat atas kesakitan tu sendiri .

Aku mengambil nafas, melihat burung terbang . Kereta keluar masuk melalui jalan yang disediakan untuk pengunjung taman yang membawa kenderaan . Syukurlah, aku mempunyai banyak nikmat untuk melihat semua ini . Tersenyum .

Tapi Asyiq .... Bagaimana kesakitan yang begitu mendalam ? Yang mampu jatuhkan semangat seseorang itu sendiri . ? Yang membuatkan seseorang itu rasa tidak punyai sesiapa dalam dunia ini untuk dia berpaut ? Mampukah dia ? Atau dia terus jatuh dan menangis bagai orang gila ?

" Maksu ! Hauslahh .. Jom balik jom ? Dah petang sangat dah ni ! "

Kaki melangkah pulang . Bibir terus-terusan mengukir senyum . Bukankah Allah berfirman ?
" Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."  [Al-Baqarah: 286]

Lalu ?

Adakah sesuatu yang menjatuhkan dan selepasnya tidak ada peluang untuk menghadirkan kebangkitan yang mengubahnya ?

Aku hembuskan nafas .

Ya, ada . Daun yang gugur tadi .

Mati yang tiada kebangkitan untuk kita perbetulkan kesilapan . Melainkan kebangkitan untuk dihisab oleh Pencipta yang memberi kejatuhan dan kebangkitan . Kala itu kebangkitan yang sudah ada jawapannya . Sama ada .

Neraka atau Syurga .


By : Ukhti Syazreen , Mad'u vs Da'ie

1 ulasan:

Unknown berkata...

jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa ukhti :)