"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Jumaat, 18 April 2014

Kerana perempuan itu superwoman!



Pernah orang persoalkan. 

" Kak. Susah tak nak istiqomah pakai stokin ni? " 

Bukan pernah. Banyak kali. 

Dan selalu sangat bila sentuh bab aurat ni, automatik teacher Yuhaida (cikgu usrah) akan pass kan soalan ni dekat saya. Lagi-lagi bila soalan tu berkait 
rapat dengan soal aurat dan family. 

Ada antara mereka yang mahu menutup aurat sepenuhnya, tapi keluarga tak izinkan. 

Ada antara mereka yang mahu menutup aurat sepenuhnya, tapi kawan-kawan sekeliling yang tak support.

Ada antara mereka yang mahu menutup aurat sepenuhnya, tapi hati sentiasa bolak balik. 

Ada antara mereka yang tak tahu pun sebab kenapa mereka tak nak tutup aurat! 

Errr i mean, kaki. 

Dan jawapan saya, berdasarkan pengalaman. Meh share sikit ?

Kalau soal family, islam sebenarnya mudah. Jangan awak menyusahkan pulak. Islam menuntut supaya awak menutup aurat. Dan aurat bagi muslimah adalah seluruh 
tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Which mean, kaki itu juga aurat. 

Islam suruh awak labuhkan tudung menutupi dada awak. Itu ikut syarat paling minimum. Tapi, if parents awak tak izinkan untuk pakai tudung labuh, then pakai 
je tudung biasa, baju biasa asalkan tutup aurat yang wajib tu. Nak pakai seluar jeans? Pakailah! Asalkan seluar jeans tu tak menampakkan bentuk kaki dan 
warna kulit awak. 

Soal kawan-kawan. Apa susah? Kunci untuk ke Syurga langsung tak ada dekat tangan dorang. Dipulaukan? Watlek watpis. Satu yang pergi. Ada sejuta lagi yang 
mendepakan tangan untuk terima awak. Termasuk saya. Apa ada hal? 

Yang ketiga. Minta Allah tetapkan hati. Doa itu senjata orang mukmin. Yey or ney, awak mesti tutup apa yang Allah suruh tutup. Alang-alang menyeluk perkasam,
biar sampai lengan. Alang-alang pakai tudung, shawl comey tu, moh ler pakai stokin sekali. Kalau tudung tu berputar lilit dia banyak kali awak tak panas, 
ni apa lah sangat stokin yang sehelai tu, iya dok? Muslimah ni kan superwoman! Kalah lelaki! Hek hek. 

Saya tahu, 
susah nak buat bagi orang yang baru nak berubah. 

Hey. Susah je, bukan tak boleh. Right? 

Orang yang pakai stokin tu pun dulu rasa susah juga, tapi mereka boleh je. Kenapa tidak awak, seorang muslimah pilihan Allah yang mungkin jauh lebih hebat 
kekuatannya. Siapa tahu kan? 


Yes. Siapa tahu! 

Kalau awak boleh rasa nikmat menutup rambut awak dengan sehelai tudung, trust me. Nikmat yang sama awak akan rasa malah jauh lebih nikmat bila awak mampu
menutup aurat awak dengan selengkapnya. 

Tak perlu tudung labuh pun. Just put up your socks. Because i know, you can. Kita cuba sama sama. Can ahh sayang-s? Kita cuba slow-slow. :) :) :) 

*senyum lama-lama* 

-------------------------

Ni post aku dari insta (nurrul_afiqah) 
Re-post balik dekat blog. 

Peace. 

*idea kering kontang*

Sincerely, 
me.

Tiada ulasan: