"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Rabu, 26 Februari 2014

Kotak.

Kebahagiaan itu umpama kotak yang besar.

Bila kita buka kotak itu, terdapat sebuah kotak lagi.
Apabila kita buka lagi, kita dapati masih ada kotak yang lebih kecil berbanding kotak tadi.
Dan seterusnya begitulah.

Apa hadiah yang ada di dalam kotak itu hanya Si Pemberi yang mengetahui.

Mungkin.
Hadiah itu sangatlah berharga walaupun ia kecil, sebab itu lah dibalut dengan lapisan kotak yang banyak.
Mungkin.

Mungkin juga,
di dalam kotak itu tidak mempunyai sebarang hadiah.
Tetapi Si Pemberi telah memberi 'hadiah' yang sangatlah berharga yakni,
latihan atau praktikal kepada Si Penerima untuk bersabar.
Mungkin.

Bagi mereka yang bersabar, mereka akan berhasil menemui hadiah tersebut.
Bagi mereka yang gopoh, sudah tentu mereka akan mencampakkan kotak itu ke dalam tong sampah kerana menyangka semua itu hanya lah satu permainan semata-mata.

Begitu jugalah dengan kebahagiaan.
Allah sentiasa memberi hadiah atau kejutan buat mereka yang bersabar.

Bagi mereka yang bersabar, mereka pasti berjaya.

-----------------

Act, idea asal kotak tu saya dapat daripada seorang akak yang saya sayangi kerana-Nya.

Dia memberi perumpaan kotak dan jodoh, dan kami lah yang perlu berfikir tentang huraian nya.

Disebabkan saya 'gigit-gigit semut' je dengan soal jodoh ni,
jadi huraian saya seratus peratus tersasar daripada sasaran.

Kalau ikut konsep Fizik ni, dah failed dah. Eh.

-------------------

Only two option that we have. Give up or stand up.

But remember.

Whenever there's a life. Surely there's a hope.

" ...... and give good news to the patient. " - Al Baqarah : 155 -

Tiada ulasan: