"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan." - Bukhari dan Muslim

Selasa, 22 Oktober 2013

3 kelebihan memakai tudung labuh.

zasSs ~

Assalamualaikum gegirl sekalian. Sihat ?

Woshh ! Mood exam ni tapi nak juga membebel something.

Topic hari ni bukan pasal pendakwah atau mad'u atau what. Tapi nak share Kelebihan memakai tudung labuh. Sharing is caring kan ?

Okey just straight to the point. 

Kelebihan yang pertama : Angin. 
-: Donno why but I think muslimah bertudung labuh lebih selamat berbanding muslimah bertudung separa labuh atau pendek. Terbukti okey. Contoh lah, bila angin tu tiup en, dia takkan tercabut terus tau. Bagi yang bertudung labuh, bila angin tiup, tudung tu takkan tertanggal terus cuma maybe dia akan kembang dekat belah bawah macam sotong, goyang-goyang tanda amaran pertama dari angin. Haha. So, kita ada masa untuk pegang hujung tudung bawah dengan cepat, taklah malu bila depan orang ramai tudung terlucutkan ? *aww*

Kelebihan yang kedua : Ragut. 
-: Saya langsung tak pernah dengar kes ragut beg tangan yang berlaku dekat muslimah yang bertudung labuh. Either peragut tu takut kena ceramah dengan si muslimah atau peragut ni jenis yang islamik sikit, taknak sentuh perempuan kan haram atau dia memang nak pilih future wife dia yang bertudung labuh. So, dia taknak lah satu hari nanti future wife tersayang dia yang bertudung labuh tu diragut. Kan orang kata what you give, you will get it back. #Eh Okey mengarut. Beg tangan yang korang pakai tu, lebih selamat kalau pakai dekat bawah tudung. Kira macam sorok beg tangan tu lah. Peragut biasanya nak meragut dengan cepat sebab dia taknak lah orang dapat tangkap dia. So dengan bertudung labuh akan melambatkan lagi proses dia meragut. Takkanlah dia nak selak tudung muslimah tu baru nampak beg. Itu kalau nampak beg, tetiba kalau dia selak nampak parang, kan naya. Tapi kalau dah pakai tudung biasa, terutamanya selendang, shawl 360 darjah tu macam mana nak sorok en. Yang ini untuk jenis yang suka pakai beg tangan, gegirl gegirl, ketot ketot je beg tu. Untuk muslimah yang jenis suka pakai beg ganas-ganas macam saya, sila tengok kelebihan yang seterusnya. *kenyit mata*

Kelebihan yang ketiga : Hujan.
-: Yang ni totally kepentingan diri sendiri. *evil laugh* Sekarang bulan 10, musim hujan. Selalu hujan. Kalau dah hujan, confirm lah sejuk yang teramat. Lagi-lagi bila duduk dalam kelas dengan kipas yang terbuka sampai 5 *err* 5 *err* 5 'tahap kesejukan' maybe ? Bagi mereka yang bertudung labuh, kelebihan mereka ketika saat-saat getir ini adalah dengan memasukkan, melindungkan tapak tangan di bawah tudung. Okey lah en, kira ada lah sumber haba atau usaha untuk mengelakkan tapak tangan tu jadi sejuk kelabu-biru.

-: Bagi sesetengah pelajar yang terlampau rajin, korangkan bawak buku banyak en ? Berat beg lah apa lah. Tu yang sampai buku tu pegang dekat tangan tu. Bagi mereka yang balik jalan kaki, atau dari sekolah nak ke bus stop ke, demi menjaga buku dari basah kena hujan, korang boleh lindungi korang punya buku tu disebalik tudung. Bukan je buku, mungkin boleh jadi barang-barang penting yang korang taknak orang tahu, contohnya macam dapat hadiah dari someone ? Taknak orang tahu en. Taknak timbulkan fitnah en ? Tapi yang ni dalam jangka masa pendek. Kalau tudung tu dah lencun, takkanlah buku disebalik tudung tu tetiba tak basah pulak.

Enough. Cukup lah dengan 3 kelebihan di atas. Nampak merapu, tapi sebenarnya betul.

Tak percaya boleh cuba try test.

Ini pengalaman dari diri sendiri. Terutama yang satu tu. Haha.

Pesanan akhir,
Buat mereka yang ada niat nak bertudung, teruskan. Saya sokong dari jauh.
Buat mereka yang ada niat nak bertudung labuh, teruskan. Saya sokong dari jauh.
Buat mereka yang dah bertudung labuh, teruskan. Istiqomah.

Tak kisah lah awak ber-pashmina 360 darjah sekalipun, tak kira lah awak pakai tudung gaya macam mana pun, please, cover your aurat. Because you're special.

Cover aurat. Bukan bertudung. Tapi menutup aurat.
Tak susah pun lah sayang. *senyum*

Tak kira siapa, gua tembak dengan doa.

Tulusly,
me.
Nurrul Syazreen Afiqah Binti J.S.M.


Tiada ulasan: